Oleh : Noorielyana – Wartawan Pelatih Ummah Today
LANGKAWI : Setakat pukul lapan pagi hari ini, 38 daripada sepuluh keluarga masih menetap di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Syifa, berbanding 37 mangsa banjir malam semalam.
Menurut Kapt (PA) Ahmad Shahfikri Darus selaku Pegawai Pertahanan Awam Daerah Langkawi, terdapat 13 wanita dan 19 lelaki manakala empat kanak-kanak lelaki serta baki selebihnya kanak-kanak perempuan.
Tambahnya dalam satu kenyataan hari ini, “PPS ini dibuka kira-kira jam 8 malam tadi selepas kawasan rumah mereka berhampiran Kampung Atas, Mukim Padang Mat Sirat, ditenggelami air selepas hujan semalam, tetapi cuaca pada pagi ini cerah.”
Beberapa Mukim di Langkawi, terutamanya Ayer Hangat dan Kuah Mukim, mengalami banjir akibat hujan yang bermula seawal jam 4 pagi semalam, namun tidak melibatkan perpindahan penduduk disebabkan air sudah pun surut.
MAPIM MALAYSIA DALAM SIAP SIAGA UNTUK MISI BANTUAN KECEMASAN BENCANA BANJIR
Bersama kami membantu mangsa banjir melalui sumbangan infaq menerusi
Akaun Maybank
562263540066
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
atau layari www.bantuummah.com
HOTLINE MAPIM MALAYSIA
Jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038