PalestinSemasa

Tentera israel menahan tujuh rakyat Palestin dari Tebing Barat

Oleh : Noorielyana – Wartawan Pelatih Ummah Today

RAMALLAH : Tentera israel semalam menahan tujuh rakyat Palestin dan kebanyakannya dari beberapa bahagian Tebing Barat yang diduduki, menurut sumber tempatan.

Menurutnya, tentera israel menyerang hendap dan melepaskan tembakan ke arah sekumpulan pemuda di kawasan kejiranan bandar al-Bireh di Jabal al-Tawil, sebelum menangkap dua orang.

Sementara itu, polis bersenjata lengkap menahan seorang wanita dari sekitar Pintu Rantai, yang juga dikenali sebagai Bab as-Silsila, salah satu pintu masuk ke perkarangan Masjid Al-Aqsa.

Tentera israel kerap menyerbu rumah Palestin hampir setiap hari di seluruh Tebing Barat dengan alasan mencari warga Palestin yang “dikehendaki” dan mencetuskan pertempuran dengan penduduk.

Serbuan ini juga berlaku di kawasan yang dikawal penuh oleh Pihak Berkuasa Palestin, pada bila-bila masa dan di mana sahaja. 

Di bawah undang-undang tentera israel, komander tentera mempunyai kuasa eksekutif, perundangan dan kehakiman penuh ke atas 3 juta rakyat Palestin yang tinggal di Tebing Barat. Rakyat Palestin tidak mempunyai hak untuk bersuara tentang bagaimana kuasa ini dilaksanakan.

Menurut angka terbaru Addameer, Persatuan Sokongan Tahanan dan Hak Asasi Manusia Palestin, kini terdapat 4,700 tahanan Palestin di penjara dan pusat tahanan israel, termasuk 400 kanak-kanak dan 30 banduan wanita.

Jumlah ini termasuk kira-kira 800 rakyat Palestin yang diletakkan di bawah “tahanan pentadbiran”, yang membenarkan penahanan rakyat Palestin tanpa pertuduhan atau perbicaraan.

Penangkapan besar-besaran rakyat Palestin bukanlah sesuatu yang baru. Menurut laporan 2017 oleh Addameer, sejak 50 tahun lalu, lebih 800,000 rakyat Palestin telah dipenjarakan atau ditahan oleh israel, angka ini kini dipercayai hampir 1 juta. Ini bermakna kira-kira 40% lelaki dan kanak-kanak lelaki Palestin yang hidup di bawah pendudukan tentera telah dirampas kebebasan mereka. 

MASA UNTUK BERTINDAK!

Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin  sangat diperlukan.

Klik :

http://tabunggaza.com

ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :

5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini

https://t.me/MapimMalaysia

Related Articles

Back to top button