Oleh : Noorielyana – Wartawan Pelatih Ummah Today
DAMSYIK : Sebuah bas tentera dibom berhampiran ibu negara Syria, Damsyik, semalam dengan membunuh sekurang-kurangnya 18 askar Syria dan mencederakan 27 yang lain dalam serangan terbaru ke atas kenderaan pengangkutan tentera rejim.
Menurut Agensi Berita Arab Syria (SANA) milik kerajaan, yang memetik sumber tentera, bas di kawasan luar bandar yang mengelilingi Damsyik “disasarkan oleh letupan pengganas dengan bahan letupan yang dipasang lebih awal”.
Letupan dilaporkan berlaku di kawasan Al-Saboura di kawasan luar bandar Damsyik, di lebuh raya menuju ke ibu negara Lubnan, Beirut.
At least 17 soldiers lost their lives and many were injured as a result of the detonation of a hand-made explosive that was previously placed on the road during the passage of a bus carrying Syrian army soldiers in the Sabura region in the countryside of Damascus. pic.twitter.com/BvNW7fwvdi
— Memet Aksakal (@aksakal_memet) October 13, 2022
Setakat ini, masih tiada siapa yang mengaku bertanggungjawab atas kejadian ini serta rejim Syria Bashar Al-Assad mengelak daripada mengulas mengenai kejadian itu
Sejak beberapa tahun lalu, serangan begini sering dilakukan oleh Daesh. Kumpulan itu biasanya mengaku bertanggungjawab dalam serangan sedemikian, seperti serangan bas pada bulan Jun yang membunuh 13 tentera Syria di wilayah utara Raqqa.
- MAPIM Malaysia menjemput sahabat peduli Ummah untuk sama menjayakan Misi Bantuan Kemanusiaan Syria. Justeru berikut bantuan terdesak yg diperlukan:
– RM250 bantuan selimut
– RM600 saham wakaf rumah pelarian
– RM500 bantuan ubat-ubatan
– RM250 bantuan food pack 1 bulan
– RM250 bantuan alat pemanas
– RM500 wakaf saham bina sekolah #40
– RM500 bantuan kitchen/kilang roti MAPIM
____
2 CARA MENYUMBANG
KE DANA BANTUAN KECEMASAN
MISI RESCUE SYRIA (MAPIM)
_____
1. Saudara yg prihatin boleh terus menyumbang melalui bank pilihan secara online (FPX):
INFAQ SEKARANG ▶️ www.rayuansyria.com
ATAU
2. Salurkan Sumbangan
Menerusi Maybank
SYRIA EMERGENCY APPEAL (DANA MAPIM)
Akaun No : 562834636987