Kesihatan

Cegah diabetes sekarang sebelum terlambat

Oleh : Khai – Wartawan Pelatih Ummah Today 

Diabetes atau dikenal sebagai kencing manis adalah penyakit kronik yang sering berlaku di masyarakat terutamanya warga emas.

Tahap glukosa dalam badan yang tinggi akan menyebabkan organ dalaman mempunyai jangka masa yang pendek untuk berfungsi. Antara contoh organ yang mengalami komplikasi adalah jantung serta buah pinggang.

Masyarakat perlu cakna tentang penyakit ini kerana kos rawatan untuk sembuh adalah tinggi. Menurut statistik, pada tahun 2019, 17.6 peratus pesakit diabetes terdiri daripada umur 40 tahun ke bawah.

Perkara ini amat membimbangkan dan kita perlu membuka mata untuk mengelakkan diri dari terjebak pada penyakit ini. Berikut adalah antara langkah untuk mencegah diri dari menghidap diabetes:

  1. Mengamalkan pemakanan sihat dan seimbang

Makanan sihat terdiri daripada pelbagai gabungan jenis makanan yang memenuhi zat untuk penggunaan tenaga seharian. Kuantiti kalori perlu diambil mengikut jumlah tenaga yang digunakan untuk aktiviti seharian.

The Essential Guide to Healthy Eating | MyFitnessPal

Golongan warga emas disarankan mengambil 1500 kcal sehari. Bagi golongan yang mempunyai fizikal yang sederhana disarankan untuk mengambil 2000 kcal sehari. Akhir sekali, untuk golongan yang aktif  atau yg mempunyai kurang berat badan dikehendaki mengambil 2500 kcal sehari.

Setiap individu dikehendaki mengambil 3 hidangan wajib iaitu sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam pada waktu yang betul. Langkah ini akan menstabilkan kadar gula dalam darah dan menghalang binge eating yang memberi kesan buruk dalam badan.

2. Melakukan senaman dan aktiviti fizikal

30,000+ Man Running Pictures | Download Free Images on Unsplash

Aktiviti seperti berjalan kaki, memotong rumput, atau sebagainya dapat membuatkan tubuh badan kita lebih aktif.

Disamping aktif, berat badan kita boleh berkurang dan dapat meningkatkan sensitiviti tubuh badan terhadap insulin. Apabila tubuh badan sihat, ia dapat membantu mengawal dan seimbangkan paras gula darah dalam badan.

3. Minum air kosong dengan banyak

Air kosong perlu kerap minum kerana boleh mengelakkan pemngambilan minuman bergula yang tinggi kalori. Air kosong adalah air yang terbaik kerana tidak mempunyai sebarang kalori.

How much water should you drink? - Harvard Health

Air kosong juga dapat mengurangkan risiko untuk menghidap diabetes.

4. Berhenti merokok

Smoking and Eye Disease - American Academy of Ophthalmology

Menghisap rokok dapat menaikkan risiko diabetes sebanyak 30-40 peratus. Rokok juga mengurangkan kadar kebekersanan insulin dalam badan selain menyebabkan ketagihan.

Rokok juga menyebabkan tahap gula dalam darah tidak terkawal. Sibukkan diri dengan melakukan aktiviti supaya tidak terlintas untuk menghisap rokok.

Langkah pencegahan perlu dimulakan sekarang kerana ia akan membawa padah jika kita tidak ambil peduli. Oleh itu, kita perlu waspada dan lakukan aktiviti sihat agar tidak menjadi mangsa diabetes.

Related Articles

Back to top button