DuniaSemasa

Kanak-kanak Palestin berusia 7 tahun maut dikejar tentera israel

BETHLEHEM: Hospital Beit Jala pada Khamis melaporkan seorang kanak-kanak Palestin berusia 7 tahun telah meninggal dunia selepas terjatuh dari tempat tinggi ketika melarikan diri daripada tentera israel yang mengejarnya di perkampungan Toqou di Tebing Barat, Palestin.

Menurut agensi berita Palestin WAFA, kanak-kanak bernama Rayyan Yaser Suleiman itu dibawa ke hospital berkenaan oleh bapanya selepas jantungnya berhenti manakala usaha-usaha untuk menyelamatkannya gagal.

Pihak hospital menjelaskan, Rayyan melarikan diri kerana ketakutan akibat tindakan tentera israel mengejarnya bersama murid-murid lain selepas meninggalkan sekolah mereka.

Bagaimanapun, bapa budak tersebut, Yaser berkata, askar-askar itu mengejar anaknya sehingga ke rumah mereka.

Tambahnya, disebabkan anaknya begitu takut dengan tentera israel, dia cuba melarikan diri tetapi degupan jantungnya berhenti menyebabkan Rayyan meninggal dunia.

Yaser berkata, dia kemudian memasukkan anaknya ke dalam kereta untuk menuju ke hospital tetapi dihalang oleh askar-askar rejim zionis.

Namun begitu, selepas memeriksa dan mendapati sudah meninggal dunia, mereka melepaskan Yaser untuk membawa anaknya ke hospital.

Di media sosial, pengguna twitter menyelar tindakan tentera israel dan mengutuk tindakan bodoh zionis terhadap kanak-kanak tersebut.

MASA UNTUK BERTINDAK!
Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin  sangat diperlukan.

Klik :
http://tabunggaza.com

ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :

5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button