KAMPALA : Kerajaan Uganda mengisytiharkan penularan wabak Ebola di negara itu selepas satu kes disahkan di daerah Mubende dalam wilayah tengah.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kes tersebut melibatkan seorang lelaki berusia 24 tahun selepas sampelnya diambil dan dikenal pasti sebagai strain Sudan yang jarang berlaku.
Wabak baharu itu disusuli enam kematian yang mencurigakan di daerah Mubende setakat bulan ini manakala lapan kes lain yang disyaki wabak tersebut sedang menerima rawatan di kemudahan kesihatan.
The health authorities in #Uganda today declared an outbreak of #Ebola after a case of the Sudan ebolavirus was confirmed in #Mubende district. WHO is deploying staff and supplies and helping with the investigation and response.
➡️https://t.co/ApjgluCJIa pic.twitter.com/K6zOcrl8bm— WHO African Region (@WHOAFRO) September 20, 2022
Sementara itu, Pengarah Serantau WHO untuk Afrika, Dr. Matshidiso Moeti memaklumkan pihak berkuasa Uganda bersama-sama pihaknya menyiasat sumber jangkitan tersebut dan menyokong usaha untuk mengawalnya.
“Uganda tidak asing dengan kawalan Ebola yang berkesan. Disebabkan kepakarannya, tindakan telah diambil untuk mengesan virus dengan cepat dan kami boleh menggunakan pengetahuan ini untuk menghentikan penyebaran jangkitan,” kata Moeti.
This is the first time in more than a decade that #Uganda is recording an outbreak of Sudan #ebolavirus. We're working closely with national health authorities to investigate the source of this outbreak while supporting the efforts to quickly roll out effective control measures. https://t.co/V2pbXHvspM
— Dr Matshidiso Moeti (@MoetiTshidi) September 21, 2022
Dalam pada itu, vaksin yang sedia ada untuk Ebola terbukti berkesan terhadap varian Zaire tetapi tidak jelas sama ada ia berjaya melawan strain Sudan.
Ia merupakan kali pertama dalam tempoh lebih sedekad strain Sudan ditemui di Uganda, yang turut menyaksikan penularan wabak virus Ebola varian Zaire pada 2019.
Ebola adalah penyakit yang selalunya menjejaskan manusia dan mamalia lain sehingga membawa maut. Ia mempunyai enam strain berbeza dengan tiga daripadanya iaitu Bundibugyo, Sudan dan Zaire sebelum ini telah menyebabkan penularan wabak besar-besaran.