BanjirDuniaSemasa

Pakistan ‘masih dalam bahaya’, kemungkinan banjir surut selepas 6 bulan

Oleh Khairulanwar Dahlan – Wartawan Pelatih Ummah Today

ISLAMABAD: Pihak berkuasa di Pakistan memberi amaran kemungkinan besar banjir di negara tersebut akan surut dalam masa 6 bulan.

Banjir yang telah meragut 1400 nyawa itu merupakan yang terburuk di Pakistan. Kebimbangan pihak berkuasa kini beralih kepada penyakit bawaan air termasuk taun dan denggi.

Menurut pihak berkuasa Pakistan, banjir ini terjadi disebabkan oleh hujan monsun dan glasier cair di kawasan pergunungan utara Pakistan. Akibat daripada banjir ini hampir 33 juta rakyat terjejas, ribuan rumah dihanyutkan air, jalan raya dan rel kereta api rosak.

Buat masa ini kerosakkan dinilai mencecah $30 billion, tiga kali ganda daripada anggaran awal iaitu sekitar $10 billion.

“Karachi kini sedang mengalami wabak denggi dengan ratusan dan ribuan pesakit melaporkan diri setiap hari di hospital kerajaan dan swasta. Kes denggi tahun ini adalah 50% lebih tinggi berbanding tahun lepas. Dengan 584,246 orang kini sedang berada di kem bantuan sementara di seluruh dunia. Perkara ini dikhuatiri mendatangkan matapetaka jika ia tidak dikawal” – Kata Menteri Perubahan Iklim Pakistan, Sherry Rehman pada Isnin.

Dalam pada itu, Rehman turut memberi amaran bahawa Pakistan kini sedang menghadapi prospek kekurangan makanan yang gawat, berikutan kemusnahan sehingga 70% tanaman ruji seperti beras dan jagung. Bukan itu sahaja, Pakistan sedang bergelut dalam menyediakan khemah dan ubat-ubatan kepada mereka yang terjejas.

Tambahnya lagi, peningkatan air banjir turut akan berlaku dengan kawasan Sindh paling terdedah kepada risiko banjir yang lebih teruk.

Ketua Menteri Sindh, Murad Ali Shah mengatakan bahawa hujan monsun berpanjangan ini akan membuatkan banjir diwilayah tersebut diramal hanya akan surut dalam masa 3 hingga 6 bulan.

Tambahnya, tasik air tawar terbesar di negara ini, Tasik Manchar telah melimpah sejak awal September, dengan air banjir menjejaskan beberapa ratus kampung dan lebih 100,000 orang.

Kredit Foto news.un.org

“Kami sedang mempercepatkan usaha menyediakan ubat-ubatan dan medik kepada 81 daerah yang dilanda banjir di negara ini” – kata Shah.

Pakistan terus merayu bantuan masyarakat dunia untuk membantu mereka dari segi memberikan bantuan makanan keperluan, barangan asas dan perubatan kepada penduduk yang terjejas.

Negara Pakistan telah lumpuh & kerajaannya merayu sumbangan dunia.

Marilah kita bersama-sama membantu dengan cara menyumbang, menerusi

Akaun Maybank :
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
562263540066

atau layari laman web:
www.rayuanPakistan.com

MAPIM Malaysia boleh dihubungi
menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm)
atau whatapps 012-800-2016

Related Articles

Back to top button