DomestikSemasa

Jom isi masa cuti sekolah dengan menghadiri Karnival Kids Jamboree!

KUALA LUMPUR : Anak anda peminat siri animasi Omar & Hana, Little Amar dan banyak lagi kartun islamik? Apa tunggu lagi, Karnival Kids Jamboree menyinari waktu cuti persekolahan kanak-kanak dengan pelbagai aktiviti menarik serta kehadiran maskot comel watak siri animasi tersebut!

Pelbagai aktiviti menarik disediakan untuk anak-anak anda. Pastinya, anak-anak anda gembira bermain dan belajar bersama rakan-rakan baru di sini.

Antara aktiviti menarik adalah sesi bertemu dan bersalam dengan Omar & Hana, Bouncing Castle, Watani Exploration Race, aktiviti mewarna , bersajak malah anda juga boleh berpeluang menangi pelbagai hadiah cabutan bertuah istimewa.

Bagi mereka yang berkesempatan boleh singgah sebentar bagi mendapatkan pemeriksaan kesihatan percuma menerusi bas Mobile Clinic yang dianjurkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan & Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM).

Tiada sebarang caj dikenakan, anda juga boleh dapatkan ubat-ubatan dan konsultasi bersama doktor secara percuma!

Tidak mengira usia, golongan dewasa mahupun kanak-kanak boleh gunakan perkhidmatan mobile clinic MAIWP-MAPIM ini.

Anda juga boleh membawa anak-anak datang ke booth kesukarelawan MAPIM, sambil kita bergembira, anak-anak anda juga boleh menambahkan ilmu pengetahuan dengan menjawab soalan kuiz dan ada juga permainan lain.

Kids Jamboree adalah kerjasama antara Omar & Hana bersama My Aqsa Defenders turut menampilkan para selebriti terkenal seperti Inteam, The Helmis, Fitri Haris, Aniq Muhai, Ikhwan Fatanna dan ramai lagi untuk memeriahkan aktiviti cuti sekolah anak anda!

Objektif utamanya adalah memberikan pemahaman kepada golongan kanak-kanak tentang isu Palestin dengan cara yang santai lagi menghiburkan.

Karnival yang diadakan di Menara Ken, TTDI itu akan berlangsung selama tiga hari bermula hari ini sehingga Ahad.


JOM REBUT PELUANG CERIAKAN SI CILIK TERSAYANG DENGAN HADIR BERAMAI-RAMAI KE OMAR HANA KIDS JAMBOREE ANJURAN MYAQSADEFENDER

Pelbagai aktiviti menarik menanti semua adik-adik!

Turut diadakan satu showcase amal khas – ” KITA ADALAH SATU” menampilkan artis-artis peduli Ummah Tanah Air seperti Khai Bahar, Heliza & Hazwani Helmi, Dr Fitri Haris, Kumpulan Inteam dan ramai lagi

Jom bersama keluarga ke program ini bertempat di Menara Ken,TTDI

Terhad 3 hari sahaja
9,10&11 September 2022

Beli Tiket dan berpeluang untuk menangi pelbagai hadiah cabutan bertuah sekarang!

layari pautan dibawah untuk online ticketing

https://kliksini.my/PembelaAQSA

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button