PalestinSemasa

6 rakyat Palestin cedera dalam serangan oleh peneroka Israel berhampiran Ramallah

Oleh Khairulanwar Dahlan – Wartawan Pelatih Ummah Today

RAMALLAH: Enam orang awam Palestin dilaporkan cedera pada Jumaat, akibat serangan oleh peneroka Israel di kampung Sinjil di utara Ramallah di Tebing Barat yang diduduki.

Saksi memberitahu bahawa kira-kira 20 orang peneroka Israel, bertopeng dan bersenjatakan senapang disokong tentera telah melepaskan tembakan ke arah petani Palestin.

Petani Israel telah menyerang petani Palestin ketika mereka sedang menanam anak pokok zaitun di tanah mereka sendiri berhampiran kampung.

Serangan tersebut telah mengakibatkan seorang rakyat Palestin cedera terkena peluru di tangannya, manakala 5 orang lagi lebam dan patah akibat dipukul oleh peneroka Israel.

Semua rakyat Palestin yang cedera telah dipindahkan ke hospital bagi rawatan perubatan, kata sumber tempatan.

Mereka turut merosakkan kemudahan di pinggir kampung dan memecahkan cermin depan lima buah kereta.

Askar Israel yang mengiringi peneroka dalam serangan tersebut turut melepaskan tembakan langsung, gas pemedih mata ke arah penduduk kampung tempatan yang cuba melawan.

Sementara itu, peneroka Israel turut menyerang empat orang awam Palestin dan menyembur mereka dengan gas lada di jalan Nablus-Tulkarm, utara Tebing Barat. Mereka turut menyebabkan kerosakkan terhadap rumah dan kenderaan di kampung Burin, selatan Nablus.

Keganasan peneroka Israel terhadap rakyat Palestin dan harta benda mereka kerap berlaku di seluruh Tebing Barat dan jarang tindakan diambil oleh pihak berkuasa pendudukan Israel.

Terdapat lebih 600,000 peneroka Israel telah tinggal di penempatan penjajah di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur melanggar undang-undang dan konsensus antarabangsa.


MASA UNTUK BERTINDAK!
Sumbangan anda untuk rakyat Palestin yang menderita sangat diperlukan.

Klik :
http://tabunggaza.com

ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :

5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Related Articles

Back to top button