GAZA : Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengedarkan tablet kepada ratusan murid Palestin di Semenanjung Gaza bagi membantu menghubungkan kanak-kanak di situ yang disekat ke dunia luar.
Kanak-kanak membentuk hampir separuh daripada 2.3 juta penduduk Gaza dan sebahagian besar daripadanya tidak pernah meninggalkan wilayah pesisir pantai, yang dipimpin oleh pejuang Hamas.
Sekolah yang dikendalikan oleh UNRWA, agensi PBB untuk pelarian Palestin menerima kira-kira 890 tablet minggu ini.
Back to school this morning learning about digital learning.
Wafa is one of 1000s of @UNRWA students who are now using tablets thanks to @EUpalestinians.
Digital Literacy for young #refugees in #Gaza to ensure they can thrive in the digital age. pic.twitter.com/EUj5aPWmMV
— Thomas White (@TomWhiteGaza) September 7, 2022
“Kanak-kanak perlu melibatkan diri dengan dunia yang semakin digital untuk membesar.” menurut pengarah Gaza agensi itu, Thomas White.
Ekonomi Gaza kian lumpuh ekoran sekatan 15 tahun ke atas wilayah yang diketuai oleh Israel sehingga menyebabkan 74 peratus graduan muda menganggur.
Projek yang dibiayai oleh Kesatuan Eropah ini dilihat oleh UNRWA sebagai satu cara untuk meningkatkan peluang mereka mendapat pekerjaan dalam sektor teknologi yang semakin berkembang, sama ada di dalam atau secara jarak jauh.
📍#Gaza "We're very conscious that for children as they grow, they're going to have to be able to engage with an increasingly digitalised world"🎙️ @TomWhiteGaza tells @AFP
thx @EUpalestinians 🇪🇺for this support in Gaza & across all our areas of operationshttps://t.co/D395APzPYc— UNRWA (@UNRWA) September 7, 2022
“Perkara ini mampu memberi peluang kepada anak muda Gaza untuk menjana pendapatan dan maju. Projek itu juga boleh membantu anak muda Gaza memasuki bidang pengekodan, menyediakan sokongan IT untuk syarikat atau sokongan pelanggan dalam talian.” tambahnya.
Ironinya, rakyat Gaza masih perlu berdepan dengan gangguan elektrik yang kerap dan akses internet terhad kepada 2G.
MASA UNTUK BERTINDAK!
Sumbangan anda untuk rakyat Palestin yang menderita sangat diperlukan.
Klik :
http://tabunggaza.com
ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :
5628 3463 6620
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia