Dua rakyat Palestin dibunuh dalam serangan tentera rejim Israel
Oleh Khairulanwar Dahlan – Wartawan Pelatih Ummah Today
RAMALLAH: Tentera Israel telah membunuh dua orang lelaki Palestin dalam dua serbuan berasingan di Tebing Barat yang diduduki, lapor Kementerian Kesihatan Palestin.
Dua lelaki itu dikenali sebagai Samer Khaled, 25, dari kem pelarian al-Ain di Nablus, dan seorang lagi dikenali sebagai Yazan Affaneh, 25 di Umm al-Sharayet di selatan Ramallah dan el-Bireh.
Berdasarkan laporan berita WAFA, Khaled dibunuh pada jam 5 pagi (02:00GMT) pada Khamis selepas konfrontasi tercetus dengan tentera Israel semasa serbuan rejim tersebut ke atas kem pelarian Balata di Nablus.
Two Palestinians have been killed as Israeli forces launched several raids on refugee camps in the occupied West Bank this morning
They were identified as Samer Khaled, 25, from Al-Ain camp in Nablus and Yazan Afana, 26, from Qalandia camp outside Jerusalem. pic.twitter.com/OFfGh5ayYb
— ZAHRA (@anabellaw7) September 2, 2022
Rejim Israel tidak memberi sebarang ulasan mengenai pembunuh itu dan dengan angkuh mengatakan tentera mereka telah membuat operasi di kem itu dan berjaya menangkap suspek ‘dikehendaki’.
Affaneh pula telah dibunuh sejam kemudian ketika konfrontasi tercetus berikutan serbuan rejim zionis ke atas Umm al-Sharayet.
Tentera Israel mengatakan bahawa mereka membuat serbuan tersebut kerana terdapat dakwaan warga Palestin mempunyai dana untuk keganasan.
Mereka juga mengesahkan bahawa dalam serbuan tersebut terdapat seorang warga Palestin meninggal dunia.
Kementerian kesihatan berkata, pembunuhan itu telah meningkatkan jumlah rakyat Palestin yang dibunuh oleh tentera Israel di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza yang diduduki sejak awal tahun ini kepada 140 orang.
Tentera Israel menyerbu bandar-bandar Palestin di Tebing Barat yang diduduki hampir setiap hari, serbuan tersebut sering mengakibatkan pembunuhan atau kecederaan penduduk Palestin semasa konfrontasi atau pertempuran bersenjata.
MASA UNTUK BERTINDAK!
Sumbangan anda untuk rakyat Palestin yang menderita sangat diperlukan.
Klik :
http://tabunggaza.com
ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :
5628 3463 6620
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia