BanjirSemasa

Negara Pakistan seakan mahu pecah!

Bergelut dengan banjir monsun terburuk dalam tempoh sedekad

SUKKUR: Jutaan rakyat di seluruh pelosok Pakistan hari ini bergelut dengan banjir monsun terburuk dalam tempoh sedekad, selepas kebanyakan rumah hanyut, ladang musnah serta tebing sungai utama negara itu seakan mahu pecah.

Menurut laporan media antarabangsa, seramai 1,136 orang meninggal dunia sejak Jun lalu apabila musim hujan bermula.

Bagaimanapun, angka terakhir berkemungkinan lebih tinggi kerana ratusan kampung di utara pergunungan terputus hubungan selepas sungai yang dilanda banjir menghanyutkan jalan dan jambatan.

Monsun tahunan itu adalah penting untuk mengairi tanaman dan menambah tasik dan empangan di seluruh benua India, namun ia turut membawa kemusnahan.

Banjir tahun ini memberi kesan kepada lebih 33 juta orang, nisbah 1:7 rakyat Pakistan!

Menteri Iklimnya, Sherry Rehman, berkata apa yang dilihat sekarang adalah lautan air yang menenggelamkan keseluruhan daerah.

“Ini adalah jauh daripada monsun biasa, ia dahsyat! Ya.. ini bencana iklim!” kata Sherry Rehman, Menteri Iklim Pakistan.

Banjir tahun ini adalah setanding dengan 2010, paling teruk dalam rekod, apabila lebih 2,000 orang maut dan hampir satu perlima daripada negara itu berada bawah air.

Foto sumber twitter @PakinJapan

Sementara itu, berhampiran Sukkur, sebuah bandar di selatan wilayah Sindh, yang menempatkan benteng era kolonial di Sungai Indus, memainkan peranan penting dalam mengelakkan malapetaka selanjutnya.

Sebahagian besar Sindh kini menjadi landskap air yang tidak berkesudahan, menghalang operasi bantuan besar-besaran yang diketuai oleh tentera.

Helikopter tentera juga bergelut untuk mengambil orang ke tempat yang selamat di utara, di mana gunung yang tinggi dan lembah dalam menjadikan penerbangan berbahaya.

Kerajaan mengisytiharkan darurat dan merayu bantuan antarabangsa.

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button