DuniaPalestinSemasa

`Rasmi sudah hubungan komersil’ UAE – Israel

Cadang 28 penerbangan seminggu

TEL AVIV :  Sebulan perjanjian normalisasi hubungan Emiriah Arab Bersatu dan Israel di tandatangani, penerbangan komersil UAE mendarat di Israel pagi Isnin.
Penerbangan Etihad Airways itu mendarat di Lapangan Terbang Ben Gurion.

Beberapa jam kemudian, pesawat Boeing 787 Dreamliner itu  berangkat pula menuju ke Abu Dhabi.

Ettihad dalam satu kenyataannya memaklumkan, ia membawa delegasi pengembaraan dan pelancongan Israel ke UAE.

Sementara itu kementerian Pengangkutan Israel berkata kedua-dua pihak merancang untuk menandatangani perjanjian secara rasmi hari ini bagi membolehkan 28 penerbangan komersial antara Tel Aviv dan Abu Dhabi atau Dubai dapat dilakukan setiap minggu.

Perjanjian itu juga membenarkan jumlah penerbangan sewa khas ke Lapangan Terbang Ramon yang lebih kecil di luar bandar peranginan selatan Israel, Eilat dan 10 penerbangan kargo.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button