KemanusiaanPalestinSemasa

Solidariti MAPIM bersama Gaza

MAPIM cetus usaha yang boleh dilakukan bagi pembebasan Palestin

Oleh : Amir Aiman (Wartawan Pelatih)

SHAH ALAM: Isu serangan tentera Israel ke atas Gaza bukanlah suatu isu yang baru bahkan telah lama menjadi bualan masyarakat dunia. Gerakan solidariti menentang penindasan dan kezaliman ke atas rakyat Palestin pun sudah giat dilakukan oleh banyak pihak termasuk NGO.

Serangan yang dilancarkan ke atas penduduk Gaza perlu dianggap sebagai isu kemanusiaan kerana ia secara terang-terangan menzalimi hak seseorang menjalani kehidupan yang bebas.

Beberapa hari yang lalu, Gaza sekali lagi dibedil tentera Israel atas alasan ‘Pertahanan Diri’ daripada pejuang Palestin. Seramai 44 orang gugur syahid, 15 daripadanya merupakan kanak-kanak dan 4 daripadanya adalah wanita.

Peka atas kezaliman zionis itu, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) melalui Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid atau lebih mesra dengan panggilan Cikgu Azmi telah mengadakan sebuah pertemuan bersama beberapa NGO bagi membincangkan usaha yang boleh dilakukan bagi pembebasan Palestin.

Pertemuan tersebut turut dihadiri oleh Dr. Sharif Abu Syamala, CEO Al-Quds Foundation Malaysia yang berkongsi perkembangan terkini berkaitan Palestin. Sehingga kini, rakyat Palestin tidak mendapat rawatan sebaiknya kerana bekalan ubat disekat oleh rejim dari memasuki Gaza.

Beliau turut berkongsi sebab utama serangan ke atas Gaza yang berlaku baru-baru ini adalah kerana Israel sedang menghadapi pilihan raya bagi melantik Perdana Menteri yang baharu. Oleh itu antara kempen tidak masuk akal mereka adalah mana-mana individu yang hendak bertanding perlu membunuh lebih ramai rakyat Palestin supaya peluang untuk dilantik menjadi Perdana Menteri Israel yang baharu semakin cerah.

Dr Sharif turut menyentuh sikap masyarakat Barat yang menormalisasikan serangan yang dilakukan oleh tentera Israel ke atas Gaza yang mereka anggap sebagai tindakan untuk mempertahankan diri.

MAPIM telah menyediakan 11 Pelan Tindakan Malaysia (Malaysian Action Plan) bagi menyokong usaha pembebasan Palestin termasuklah melancarkan kempen di media sosial menentang kepungan di Gaza dan menggerakkan ahli cendekiawan serantau dan pemimpin terkemuka menyuarakan isu Palestin.

MAPIM mengajak orang ramai bersatu memperjuangkan kebebasan rakyat Palestin dengan segala usaha yang boleh dilakukan. Perkongsian mengenai kekejaman rejim Israel perlulah giat disebarkan supaya masyarakat lebih cakna isu yang berlaku di Palestin.


MASA UNTUK BERTINDAK!
Sumbangan anda untuk rakyat Palestin yang menderita sangat diperlukan.

Klik :
http://tabunggaza.com

ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :

5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button