KesihatanSemasa

Itali mulakan kempen vaksinasi cegah cacar monyet

Oleh Khairulanwar Dahlan – Wartawan Pelatih Ummah Today

Itali : Sebelum ini, Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus telah mengisytiharkan wabak cacar monyet pada amaran tahap tertinggi.

Sumber: Global TImes

Secara tidak langsung ia menjadikan wabak itu sebagai darurat kesihatan ketujuh yang telah diisytiharkan oleh WHO selepas selsema babi pada tahun 2009, ebola (2014 & 2019), Zika (2016), Virus Polio (2014), dan Covid-19 (2020)

Itali sudah mula mengambil langkah dengan melancarkan kempen vaksinasinya terhadap cacar monyet disebabkan bilangan kes semakin meningkat di negara tersebut. Kempen ini bermula pada Isnin, 8 ogos.

Sumber: Global TImes

Ini bagi mengekang penularan yang semakin ‘dahsyat’ selepas Itali melaporkan 545 kes cacar monyet direkodkan oleh Kementerian Kesihatan Itali.

Kempen ini bermula sebulan selepas kempen di negara lain yang mencatatkan jumlah kes yang lebih tinggi seperti di Britain, Sepanyol dan Amerika Syarikat.

Vaksin kini mengalami kekurangan bekalan dan kes cacar monyet selalu diuruskan oleh klinik seksual yang kekurangan dana.

Vaksin yang digunakan bagi mencegah cacar monyet adalah jenis Jynneos iaitu vaksin yang dibuat oleh Bavarian Nordic dan diluluskan oleh Agensi Ubat Eropah.

Vaksinasi akan dimulakan di ibu negara, Itali pada hari Khamis. Buat masa ini, wilayah Lazio menerima 1200 dos vaksin, Lombardy menerima 2000 dos, Emilia-Romagna menerima 600 dos dan Veneto menerima 400 dos vaksin.

Sumber: Reuters

Dimaklumkan bahawa virus ini sebahagian besarnya disebarkan dalam kalangan lelaki gay dan biseksual. Kes pertama direkodkan di Itali pada 20 Mei 2022.

Related Articles

Back to top button