Semasa

JKM sahkan Siti Nuramira bukan pemegang kad OKU

PETALING JAYA : Pelawak wanita tular kerana menanggalkan baju kurung dan tudungnya ketika membuat persembahan di sebuah kelab komedi, Siti Nuramira Abdullah disahkan bukan pemegang kad Orang Kelainan Upaya (OKU).

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dalam satu kenyataan mengesahkan perkara tersebut selepas membuat semakan rekod menerusi Sistem Maklumat Orang Kurang Upaya (SMOKU).

“Pihak media diminta untuk mendapatkan pengesahan daripada JKM terlebih dahulu bagi memastikan perkara yang dilaporkan adalah sahih.

“JKM berharap laporan berkenaan diperbetulkan segera oleh pihak berkaitan bagi mengelakkan salah faham dalam kalangan masyarakat terutamanya bagi menjaga sensitiviti golongan OKU,” menurut kenyataan tersebut.

Terdahulu, tular gambar di media sosial yang mendakwa wanita tersebut di bebaskan oleh pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) kerana memiliki kad OKU.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button