InspirasiKerohanian

Haram wanita haid duduk di dalam masjid

Oleh Azrina Amri, wartawan pelatih

Wanita merupakan makhluk ciptaan Allah SWT yang terindah di dunia ini dalam kalangan manusia. Namun, wanita tidak terlepas daripada berlakunya satu kitaran dalam badan mereka yang dikenali sebagai haid, nifas dan istihadah.

Ketika wanita muslim datang haid, mereka tidak dibenarkan untuk melakukan ibadah tertentu termasuk berpuasa, solat dan sebagainya.

Sehubungan dengan itu, ramai di kalangan wanita yang masih keliru, adakah wanita haid dibenarkan memasuki masjid bagi urusan pernikahan, pengajian dan sebagainya ?

Merujuk kepada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Jumhur fuqaha’ mengharamkan wanita haid untuk masuk ke dalam masjid.

Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Nisaa’ yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampiri sembahyang (mengerjakannya) sedang kamu dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar dan mengetahui akan apa yang kamu katakan. Dan janganlah pula (hampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan junub (berhadas besar) – kecuali kamu hendak melintas sahaja – hingga kamu mandi bersuci.”  Surah Al-Nisaa’ :43

Dalam satu hadis Rasulullah SAW juga melarang wanita haid menghampiri kawasan solat, hadis daripada Ummu ‘Athiyyah, dimana dia berkata yang bermaksud:

“Nabi SAW menyuruh kami para wanita bujang dan yang memakai purdah agar keluar pada dua hari raya, dan Baginda menyuruh wanita-wanita yang haidh untuk menjauhi tempat solat kaum MusliminSahih al-Bukhari &  Muslim 

Jika ada sesuatu keperluan bagi wanita haid untuk melalui kawasan solat di dalam masjid seperti mengambil barang, ia boleh melaluinya dan terus keluar dengan segera maka, hukumnya harus.

Perkara itu, telah dijelaskan dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah RA yang bermaksud:

Nabi SAW berkata kepadaku: Ambilkan aku tikar dari masjid. Aku menjawab bahawa aku sedang dalam haid. Maka Nabi SAW membalas: Haid kamu bukan terletak pada tangan kamu.” Sahih Muslim & Nasa’ie 

Hadis itu menekankan bahawa wanita haid tidak boleh masuk ke dalam masjid dan Nabi Muhammad SAW juga menyatakan bahawa sekadar menghulurkan tangan ke dalam masjid tidak dikira masuk ke dalam masjid.

Justeru itu, sudah jelas lagi nyata, wanita yang sedang haid diharamkan untuk duduk di dalam masjid atau surau adalah lebih selamat dan tepat. Hal ini kerana ia bagi menjaga kesucian masjid dan ruangan solat dari mencemarkan masjid.

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button