KemanusiaanSemasa

Gempa di Afghanistan, UNICEF hulur bantuan segera

Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu sedang koordinasi bantuan dengan Taliban

KABUL: Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNICEF) sedang berkoordinasi dengan kerajaan Taliban dalam usaha menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada mangsa gempa bumi yang berlaku pada Rabu.

sumber foto twitter UNICEF Afghanistan

Usaha kini difokuskan di kawasan pergunungan & terpencil yang paling teruk terjejas. Keadaan menjadi lebih sukar dan mencabar bagi kerja-kerja bantuan kemanusiaan dilakukan kerana berlaku tanah runtuh yang menghalang akses utama ke kawasan gempa.

Kebanyakan rumah di sini runtuh kerana struktur binaanya diperbuat daripada batu tanah liat. Dengan hujan lebat ketika ini, ia memberi impak runtuhan kepada rumah-rumah di sini.

Kredit foto unmultimedia.org

Hujan lebat menjejaskan keupayaan pasukan kami untuk sampai ke beberapa kampung yang terkesan akibat berlaku tanah runtuh selepas kejadian gempa bumi itu.” jelas Sam Mort, Ketua Jurucakap UNICEF di Kabul.

sumber foto twitter UNICEF Afghanistan

Menurut Sam Mort lagi, setakat ini jumlah mangsa kanak-kanak serta wanita belum dapat disahkan dan UNICEF sedang cuba mendapatkan angka sebenar jumlah korban gempa bumi itu.

Pada Rabu, gempa bumi kuat berukuran 6.1 pada skala Richter melanda di empat daerah wilayah Paktika, Afghanistan. Gempa berkenaan melanda kira-kira 47 kilometer dari tenggara bandar Khost dan gegaran dilaporkan dapat dirasai sejauh 500 kilometer di Afghanistan, Pakistan & India.

Sehingga kini, angka kematian mencecah 1000 orang dan lebih 600 cedera, malah angka korban dijangka akan terus meningkat.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button