KerohanianPendidikanSemasa

Rebus telur dengan air Mutannajis, boleh ke ?

Oleh Azrina Amri, wartawan pelatih

Ada di kalangan kita yang merebus telur tanpa membasuhnya terlebih dahulu, namun apabila sudah merebusnya baru perasan ada sebahagian telur tersebut terdapat najis pada kulit telur.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman ! Janganlah kamu haramkan benda-benda yang baik-baik yang telah dihalalkan oleh Allah bagi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas (pada apa yang telah ditetapkan halalnya itu): kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas” Surah Al-Maidah :87

Ayat di atas menerangkan agar tidak mengharamkan apa-apa yang baik, yang telah Alllah SWT halalkan seperti makanan minuman dan sebagainya. Selain itu, ayat ini juga beri peringatan agar tidak melampaui batas yang telah Allah SWT tidak sukai.

Terdapat dua pandangan ulama mengenainya kulit telur, iaitu bahagian kulit telur dianggap sebagai suci sehingga tidak perlu dicuci sebelum dimasak.

Namun, sekirannya telur tersebut jatuh ke tempat najis atau kulitnya terkena najis maka ia dianggap sebagai mutanajjis iaitu sesuatu yang terkena najis dan boleh dibersihkan dan dibasuh untuk kembali suci.

Justeru itu, dalam persoalan di atas sekiranya air rebusan itu mengandungi najis adakah telur yang direbus itu boleh dimakan ?

Air ini terbahagi kepada dua bahagian, yang pertama jika air itu sedikit iaitu kurang daripada dua qullah dan jatuh najis di dalamnya walupun tidak berubah sifat dari segi warna, bau dan rasa air tersebut menjadi najis.

Yang kedua, apabila air tersebut banyak iaitu mencukupi dua qullah atau lebih, air tersebut tidak menjadi najis, tetapi jika najis tersebut berubah sifatnya seperti warna, rasa, atau bau ulama telah sepakat air itu menjadi najis.

Mengenai perkara ini, Jumhur ulama dalam kalangan mazhab Hanafi, Syafi’e dan Hambali berpendapat jika direbus dengan air najis ia halal dimakan.

Selagi mana kulit telur itu masih elok dan tidak pecah atau seumpamannya, perkara itu tidak akan menajiskan bahagian dalamnya kerana najis itu tidak boleh sampai ke bahagian dalam.

Walau bagaimanapun, telur yang telah direbus itu perlulah dibasuh terlebih dahulu dengan air yang bersih bagi menyucikannya sebelum kulitnya dikupas.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button