Oleh Azrina Amri, wartawan pelatih
JEDDAH: Peningkatan kes jangkitan Covid-19 berlaku di beberapa negara kebelakangan ini menyebabkan kerajaan Riyadh melarang rakyatnya mengunjungi 16 negara berisiko.
Negara itu melibatkan, Lubnan, Syria, Turki, Afghanistan, India, Yemen, Somalia, Ethiopia, Libya, Indonesia, Republik Demokratik Congo, Vietnam, Armenia, Belarus dan Venezuela.
Menurut Direktorat Am Pasport Arab Saudi (Jawazat), rakyat negara ini yang berhasrat untuk melancong ke negara bukan Arab mestilah memiliki tempoh sah pasport rakyat melebihi enam bulan.
Tempoh sah pasport bagi perjalanan ke negara Arab, perlulah melebihi tiga bulan.
Justeru, bagi warganegara haruslah memiliki tempoh sah kad pengenalan melebihi tiga bulan sekirannya mengunjungi negara-negara Majlis Kerjasama Teluk (GCC).
Sebagai syarat tambahan kepada dokumen bukti tanggungan dalam negara, kad pengenalan asal dan daftar keluarga perlu dikemukakan bagi perjalanan dimana pemegangnya tidak dapat melakukan pelancongan ke negara Teluk.
Keperluan menerima tiga dos vaksin Covid-19 atau tidak melepasi tempoh pengambilan dos kedua vaksin berkenaan ditekankan oleh Jawazat.
Kementerian Kesihatan Arab saudi pada Sabtu lalu mengumumkan kes baharu Covid-19 meningkat lima kali ganda berbanding Mac dan April lalu sebanyak 414 kes.
Dianggarkan sebanyak 81 kes yang telah direkodkan adalah kes kritikal dan kematian .
-Agensi