DomestikInspirasiSemasa

Rezeki Syahmi Sazli melimpah ruah selepas amalkan zikir ini

Oleh Azrina Amri, wartawan pelatih 

Youtuber terkenal Syahmi Sazli yang menjual air dalam balang di hadapan pejabatnya di Kubang Kerian, Kelantan pada bulan Ramadan lalu mendapat sambutan yang luar biasa daripada penduduk setempat.

Menurut perkongsian di Facebooknya semalam, setelah tiga minggu berniaga dalam bulan Ramadan, hasil pulangan bagi jualan air balang mencecah lebih RM60,000.

Dalam perkongsian tersebut, Syahmi juga ada menyatakan ikhtiar yang dilakukan supaya dilancarkan rezeki ketika dia berniaga.

Selain daripada strategi pemasaran dia juga sangat menekankan hubungan dengan Maha Pemberi Rezeki.

Antara yang dikongsikan adalah beristighfar kepada Allah SWT agar, diampunkan dosa-dosa kita supaya rezeki tidak disekat.

Ini bertepatan dengan firman Allah swt dalam Surah Nuh yang bermaksud :
Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun, (Sekiranya kamu berbuat demikian), Ia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu, Dan Ia akan memberi kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak; dan Ia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya).” (Surah Nuh : 10-12)

Tambahnya lagi, beliau menjadikan amalan zikir selepas solat suatu kebiasaan. Beliau akan membaca tasbih Subhanallah 33 kali, bertahmid Alhamdulillah 33 kali, dan bertakbir Allahuakhbar 33 kali dan mengucapkan sebanyak 100 kali zikir ini,
لا إله إلا الله وحده لا شريك له له الملك وله الحمد وهو على كل قدير 

Berkenaan amalan itu, ada Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud yang bermaksud:
‘Maka diampuni kesalahan-kesalahannya walaupun seperti buih-buih dilautan’ (Hadis Sahih Muslim: 597)

Zikir yang seterusnya berdasarkan hadis Riwayat Muslim dan Tarmizi yang bermaksud,
‘Barangsiapa mengucapkan ‘Subhanallah wabihamdihi’ serratus kali sehari, ia akan diampuni segala dosanya sekalipun dosanya itu sebanyak buih di lautan’ (Hadis Riwayat Muslim dan Tarmizi)

Syahmi juga memperbanyakkan doa pada waktu musjatab seperti ketika bersujud.

“Selain itu, perbanyakkan doa, cari waktu mustajab doa antaranya adalah ketika sujud. Tidak hanya pada sujud terakhir, malah dalam sujud yang mana -mana sahaja boleh berdoa,”katanya dalam ciapan di Facebook.

Amalan yang dilakukan itu berdasarkan hadis Riwayat Muslim dan Abu Daud yang bermaksud,
‘Tempat paling dekat bagi seorang hamba kepada Rabb-nya adalah sewaktu ia dalam keadaan bersujud. Kerana itu perbanyakkanlah kalian berdoa.’ (Hadis Riyawat Muslim dan Abu Daud)

Oleh itu, dia juga berharap amalan yang dilakukan bagi dimurahkan rezeki dapat dimanfaatkan oleh masyarakat.
Tambahnya lagi, gerai air balangnya akan terus beroperasi setiap hari kecuali hari jumaat yang bermula pada jam 1 tengahari.

“Gerai air mi dah buka terus ye sekarang, hari jumaat sahaja cuti. Ia mula beroperasi pada pukul 1 tengah hari sehingga air balang habis. Lokasi jualan boleh waze : Syahmi Sazli Production Office Baru,”katanya.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button