Umat Islam di Ukraine sambut Aidilfitri di kala perang masih berterusan
KYIV : Umat Islam di Ukraine menyambut Ramadan Bayram, juga dikenali sebagai Aidilfitri, di kala yang masih berterusan ekoran konfluk Rusia-Ukraine, menandakan berakhirnya bulan suci Ramadan.
Sejumlah jemaah Islam berkumpul di Masjid Pusat Komuniti Islam di ibu kota Kyiv untuk melaksanakan solat sunat Aidilfitri.
Menurut laporan Anadolu Agency, presiden Majlis Muslim Ukraine, Seyran Arifov, berkata bahawa ramai orang Islam terpaksa meninggalkan rumah mereka berikutan perang Rusia yang masih berterusan dengan Ukraine.
Sebahagian daripada mereka mencari perlindungan di negara lain, ada juga yang melarikan diri ke lokasi yang lebih selamat dalam negara, katanya.
Arifov menyeru masyarakat Islam untuk melakukan yang terbaik untuk berbakti kepada negara dan rakyatnya.
Seyfullah Rashidov, seorang profesor di Universiti Kemanusiaan Izmail Ukraine, mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam dan mendoakan kehidupan yang aman dan sihat.
Ali Assadi, seorang warga Ukraine yang berasal dari Palestin, berkata mereka berharap perang akan segera berakhir.
Untuk rekod, sekurang-kurangnya 2,899 orang awam terbunuh dan 3,235 lagi cedera di Ukraine sejak perang dengan Rusia bermula pada 24 Februari, menurut anggaran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu jumlah sebenar dikhuatiri lebih tinggi.
Berdasarkan data dari agensi pelarian PBB, lebih daripada 5.4 juta orang telah melarikan diri ke negara lain, dengan kira-kira 7.7 juta orang kehilangan tempat tinggal.