DuniaKemanusiaanPalestin

Malaysia kecewa dengan masyarakat antarabangsa – Muhyiddin

Perlu berlaku adil dan saksama

KUALA LUMPUR: Malaysia dukacita dan kesal dengan masyarakat antarabangsa, termasuk Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang tidak mampu menghentikan keganasan rejim Israel ke atas Palestin.

Sungguhpun begitu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata Malaysia akan terus berusaha menyeru komuniti antarabangsa, khususnya Majlis Keselamatan PBB bertindak segera, bagi memaksa Israel menghentikan serangan terhadap rakyat Palestin.

“Sehingga kini, Majlis Keselamatan PBB belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung situasi terkini di Palestin lantaran bangkangan daripada Amerika Syarikat. Saya ingin mengulangi pendirian berprinsip kerajaan Malaysia yang sentiasa konsisten memberi sokongan padu kepada Palestin dan perjuangan rakyatnya sama ada dari segi politik, ekonomi, dan moral,” katanya melalui perutusan khas mengenai Palestin (Sabtu 15 Mei)

Penduduk Palestin azan di atas runtuhan masjid Qlebo dalam kem Jabalia utara Semenanjung Gaza, selepas serangan udara Israel malam tadi. - Foto AFP
Penduduk Palestin azan di atas runtuhan masjid Qlebo dalam kem Jabalia utara Semenanjung Gaza, selepas serangan udara Israel malam tadi.

Tan Sri Muhyiddin berkata, serangan Israel ke atas Palestin tindakan yang mencabuli undang-undang antarabangsa, undang-undang hak asasi manusia, undang-undang kemanusiaan antarabangsa, Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) serta jenayah perang yang menyalahi Konvensyen Keempat Geneva 1949.

“Saya percaya, rakyat Malaysia yang cintakan keamanan berpegang teguh kepada pendirian bahawa tiada alasan kukuh bagi penggunaan kekerasan yang dilakukan secara tidak seimbang, sembarangan dan melampau ke atas Palestin dan menolak sekeras-kerasnya tindakan keji rejim Israel ke atas rakyat Palestin,” – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin

Pada masa yang  sama,  beliau berkata, penyelesaian terbaik kepada konflik Palestin-Israel hanya boleh dicapai melalui rundingan bagi memastikan keamanan, keselamatan dan kestabilan serantau yang berkekalan.

Katanya, Malaysia menyokong penyelesaian adil dan saksama melalui Penyelesaian Dua Negara atau ‘Two-State Solution’ berdasarkan garis sempadan sebelum tahun 1967, dengan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Palestin sebagai satu-satunya jalan penyelesaian terhadap konflik Palestin-Israel.

“Malaysia akan terus menyokong segala usaha demi mencapai penyelesaian yang adil dan berkekalan, khususnya menerusi rundingan melibatkan pihak-pihak yang berkaitan, berdasarkan kepada undang-undang antarabangsa serta resolusi-resolusi PBB yang berkaitan,” – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin

Masjid Omar Ibn Al-Khattab di Foz do Iguacu, Negeri Parana, Brazil, menggesa pihak berkuasa menghentikan ketegangan di Palestin. - Foto AFP
Masjid Omar Ibn Al-Khattab di Foz do Iguacu, Negeri Parana, Brazil, menggesa pihak berkuasa menghentikan ketegangan di Palestin

Dalam pada itu, beliau memaklumkan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) akan mengadakan Mesyuarat Tergempar Terbuka secara maya Jawatankuasa Eksekutif OIC di peringkat Menteri-menteri Luar untuk membincangkan perkembangan terkini di Palestin yang dijangka akan berlangsung hari ini.

“Kerajaan Malaysia akan diwakili oleh Menteri Luar Negeri (Datuk Seri Hishammuddin Hussein) untuk menyertai mesyuarat berkenaan bagi menegaskan pendirian Malaysia terhadap situasi di Palestin,”  – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin

Sumber : Berita Harian

Oleh – Pelatih Fakulti Filem, Teater dan, Animasi UiTM – Arif Ikhwan 

***Palestin kembali berdarah! Seruan untuk kita membantu saudara Gaza dan Palestin sudah tiba. Kita bantu dengan apa yang terdaya. Bantu dengan doa dan harta benda.
MAPIM Malaysia membuka peluang untuk semua bagi membantu rakyat Palestin. Selain doa, rakyat Palestin sangat memerlukan bantuan kewangan.MAPIM Malaysia merayu infaq rakyat Malaysia untuk rakyat Palestin. Boleh terus salurkan kehttps://www.billplz.com/tabungkilatgaza
ATAU
menerusi Akaun Maybank
Dana MAPIM :
5628 3463 6620
MAPIM Malaysia boleh dihubungi
menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Related Articles

Back to top button