DomestikKemanusiaan

Nuzul Al-Quran : Sumbangan Al-Quran MAPIM sebagai penenang hati tempuhi dugaan

Oleh: Wartawan Pelatih, Hasanah Yusof

Umat Islam kebiasaannya akan menyambut Hari Nuzul Al-Quran pada 17 Ramadan, sempena tarikh terjadinya peristiwa besar ini.

Penggunaan istilah Nuzul Al-Quran merupakan simbolik kepada penurunan Al-Quran dan bertujuan menunjukkan ketinggian darjat serta kemuliaan Al-Quran.

Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat suci Quran dari Lohmahfuz ke Baitul Izzah iaitu langit dunia dan kemudian diturunkan secara beransur-ansur kepada Nabi Muhammad SAW oleh Malaikat Jibril A.S. selama 23 tahun, iaitu 13 tahun di Mekah dan 10 tahun di Madinah.

Turunnya Al-Quran secara berperingkat dijelaskan dalam firman Allah SWT,

وَقُرْاٰنًا فَرَقْنٰهُ لِتَقْرَاَهٗ عَلَى النَّاسِ عَلٰى مُكْثٍ وَّنَزَّلْنٰهُ تَنْزِيْلً

Maksudnya: “Dan Al-Qur’an (Kami turunkan) beransur-ansur agar engkau (Muhammad) membacakannya kepada manusia perlahan-lahan dan Kami menurunkannya secara bertahap”. [Surah Al Isra’ : 106]

Selain itu, peristiwa penting ini menjadi petanda kerasulan Nabi Muhammad SAW.

Bertepatan dengan firman Allah SWT,

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِيْٓ اُنْزِلَ فِيْهِ الْقُرْاٰنُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنٰتٍ مِّنَ الْهُدٰى وَالْفُرْقَانِۚ فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ ۗ

Maksudnya: “Bulan Ramadan adalah (bulan) yang di dalamnya diturunkan Al-Qur’an, sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan perbezaan (antara yang benar dan yang batil)”. [Surah Al-Baqarah : 185]

Sejajar dengan antara matlamat Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) yang menyantuni ummah khususnya golongan asnaf, MAPIM mengambil kesempatan pada Ramadan kali ini bagi mengagihkan naskhah Al-Quran kepada kawasan dan masjid-masjid terpilih.

Antaranya adalah semasa Program Ihya Ramadan, MAPIM Malaysia dengan kerjasama pihak pengurusan Masjid Al Hasanah, Bandar Baru Bangi, telah mengagihkan sebanyak 420 naskhah Al-Quran untuk masyarakat sekitarnya khususnya golongan asnaf.

Sebelum Ramadan tahun ini juga, MAPIM Malaysia telah melaksanakan program khas Misi Prihatin Pra-Ramadan di Ulu Tembeling dengan memberi kotak bantuan makanan serta mengagihkan sebanyak 320 naskhah Al-Quran di Kampung Bantal dan 80 naskhah Al-Quran di Kampung Gusai.

MAPIM Malaysia berterima kasih kepada para penyumbang wakaf Quran antaranya Bookcafe Sdn. Bhd dan Ade Azhar Trading.

Semoga berkah sumbangan ini menjadi asbab semangat Nuzul Quran itu dapat dihayati oleh kita semua.


AYUH KITA LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA UNTUK NEGARA

MAPIM Malaysia dengan rendah hati merayu orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan kesusahan dalam negara lanjutan lock down dan covid-19. Ramai hilang pekerjaan dan dibebani dengan ujian

Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi

Akaun Maybank
562263540066
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM

HOTLINE MAPIM MALAYSIA
jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button