DomestikSemasa

`Durian runtuh’ di lebuh raya

Hampir satu tan bertaburan kerana lori kemalangan

NILAI : [VIDEO] Musim durian sudah kembali, di sana sini, mula sibuk masyarakat memperkatakan mengenai jenis durian dan kelazatannya. Namun di lebih raya berdekatan Nilai, Negeri Sembilan, gara-gara tayar kiri belakang lori pecah, raja buah bersepah di lebuh raya.

Kemalangan berlaku di kilometer 279.9 Lebuhraya Utara Selatan (Plus) arah utara di Nilai, tengah hari tadi (23 Jun) Raja buah yang terhumban keluar dari lori menyebabkan laluan kiri terhalang, dan kesesakan di lorong kanan jalan.

Menurut Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman, kejadian berlaku pada jam 1.55 tengah hari apabila lori membawa muatan durian itu terbabas dan terbalik.  Katanya, kejadian berlaku lebih kurang tujuh kilometer dari kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seremban.

“Kemalangan berlaku apabila sebuah lori muatan durian dipandu lelaki berumur 25 tahun dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dari Segamat hilang kawalan dipercayai tayar belakang sebelah kiri pecah. Lori berkenaan terbabas dan terbalik di lorong kiri. Pemandu lori dan kelindan masing-masing berumur 25 dan 52 tahun mengalami kecederaan ringan.” – Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman

“Muatan durian yang dibawa bertaburan di lebuh raya,” katanya dalam kenyataan hari ini.  Katanya, kes disiasat oleh Unit Siasatan Lebuhraya Bukit Aman dan dibuka di bawah Rule 10 LN 166/59.

Mujur tiada yang mengambil kesempatan mengambil buah durian berkenaan.  Rata-rata kejadian kemalangan itu dilaporkan oleh semua media di negara ini, malah mendapat perhatian warga net di twitter yang ` hantu durian.’

Durian atau nama saintifiknya durio, mempunyai 200 variasi di Malaysia sahaja seperti yang didaftarkan di Jabatan Pertanian. Malaysia adalah negara penghasil durian terbanyak mengatasi Thailand dan Indonesia.

Sememangnya durian memang raja segala buah.

Related Articles

Back to top button