Semasa

DAWE nafi status halal rumah penyembelihan

Oleh: Wartawan Pelatih, Hasanah Yusof

PUTRAJAYA : Pihak berkuasa Australia melalui Jabatan Pertanian, Air dan Alam Sekitar (DAWE) memberi maklum balas segera mengenai isu dakwaan keraguan status halal sebuah rumah penyembelihan haiwan di Australia.

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Hakimah Mohd, DAWE menegaskan dakwaan itu adalah serius dan telah memulakan siasatan.

Pihak DAWE juga menegaskan Australia mempunyai peraturan ketat yang mengawal keseluruhan proses penyediaan daging halal untuk eksport dan produk daging yang menepati keperluan negara pengimport sahaja akan dibenarkan untuk dieksport.

Dalam pada itu, Jakim meminta penjelasan daripada pihak Supreme Islamic Council of Halal Meat in Australian Inc. (SICHMA), dan telah menerima maklum balas dari pihak mereka.

Mengikut laporan maklum balas, Jakim telah dimaklumkan oleh Pegawai Atas Halal Jakim di Canberra, yang menjalankan audit berkala ke atas Thomas Food Industries.

Pihak mereka mendapati penyembelihan yang dilakukan oleh syarikat mereka mematuhi keperluan standard penyembelihan halal Malaysia dan peraturan ke atas haiwan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa Australia.

“Pihak SICHMA telah membuat kenyataan akhbar untuk memberi penjelasan dan menafikan dakwaan kelemahan organisasi tersebut dalam membuat pengesahan halal ke atas rumah sembelihan yang dibawah tanggungjawab mereka.

“SICHMA maklumkan bahawa mereka telah membuat pengauditan berkala di atas Thomas Foods International,” katanya dalam kenyataan.

Hakimah menambah, prosedur pengiktirafan pengeksportan daging ke Malaysia seperti ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Malaysia, termasuk aspek kebajikan haiwan sembelihan dan aspek yang sama menjadi keutamaan bagi pihak berkuasa di Australia.

“Malaysia mempunyai polisi mengenai kebajikan haiwan dan keperluan halal yang ditetapkan oleh Jakim perlu diperkukuhkan,” ujar beliau.

-AGENSI

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button