Covid19DuniaSemasa

Penduduk Shanghai bantah arahan tidak boleh keluar rumah

Oleh: Izzul Nazaruddin, wartawan pelatih

SHANGHAI : Rakyat membantah arahan baharu yang dibuat oleh kerajaan tidak membenarkan penduduk untuk keluar rumah kerana kekurangan bekalan makanan.

Berikutan peningkatan kes COVID-19 yang mencecah sehingga 25,000, kerajaan China telah melaksanakan sekatan pergerakan terhadap bandar tersebut untuk menghentikan penyebaran virus.

Polisi sifar toleransi dan sifar COVID-19 menyebabkan rakyat tidak diberikan kebebasan untuk keluar untuk membeli barangan keperluan, justeru penduduk Shanghai bertindak untuk melancarkan rusuhan.

Sebuah video sedang tular di media sosial Twitter menunjukkan rakyat sedang memberontak dan melakukan rusuhan beramai-ramai untuk melepasi palang yang ditutup.

Seorang sukarelawan daripada bandar tersebut berkata menerusi akaunnya di Twitter, @JaredTNelson, menyatakan sekatan baharu telah dikenakan.

“Sebelum ini, kami dibenarkan untuk keluar dari rumah (tapi bukan dari komuniti) untuk dapatkan hantaran, sekarang tidak lagi. Sekarang kami tidak dibenarkan untuk keluar dari pintu rumah,” katanya dalam satu ciapan di Twitter.

Penduduk bandar berkenaan yang memiliki populasi seramai 26 juta orang dihalang keluar rumah di bawah polisi tiada toleransi di mana polisi itu hanya membenarkan pekerja kesihatan, sukarelawan, penghantar barang dan mereka dengan permit khas sahaja diberikan kebebasan untuk bergerak.

-AGENSI

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button