DomestikEkonomiSemasa

PETRONAS disenaraikan sebagai syarikat terbaik di Malaysia

KUALA LUMPUR: Syarikat Terbaik LinkedIn 2020 di Malaysia menyenaraikan PETRONAS berada di tempat teratas dalam senarai tersebut yang menampilkan 15 tempat kerja terbaik untuk kakitangan mengembangkan kerjaya, kali kedua berturut-turut syarikat minyak dan gas negara bersepadu sepenuhnya itu mengungguli senarai berkenaan.

Ini diikuti oleh Maybank, Bosch, Permodalan Nasional Bhd (PNB) dan B. Braun Group.

Dalam kenyataannya, LinkedIn berkata, dengan persekitaran perniagaan yang berubah dengan cepat PETRONAS komited untuk meningkatkan kemahiran pekerjanya supaya dapat menyesuaikan diri.

Pada 2022, tujuh syarikat tempatan yang disenarikan, tiga adalah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan satu syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC)

Ia terdiri daripada PETRONAS, Maybank, PNB dan Tenaga Nasional Bhd (TNB) di kedudukan ke-11.

“Entiti kerajaan adalah antara majikan terbesar di negara ini dan terus mengambil pekerja dari peringkat permulaan hingga ke jawatan kanan, selain menawarkan peluang latihan dan program pelatih,” katanya.

Maybank memperkenalkan persekitaran kerja hidbrid yang membolehkan pekerja mempunyai akses ke ‘hot-desking’ dan bilik mesyuarat, manakala PNB memulakan aturan kerja fleksibel yang baharu, sehingga 1,750 pekerja bekerja dari rumah semasa pandemik.

Melalui inisiatif global 4Diversity, B.Braun Group memberi peluang untuk kemajuan kerjaya yang sama rata dan tumpuan kepada meningkatkan kesedaran.

Syarikat itu melaburkan sumber untuk menambah jumlah pengurus wanita untuk mencerminkan mempunyai wakil yang sama di semua peringkat pengurusan.

Sementara itu, Bosch mempunyai reputasi untuk persekitaran kerja yang seimbang dengan mengamalkan kepelbagaian dan keterangkuman.

“Dalam pada kita terus menghadapi realiti yang mencabar di dunia hari ini, pembabitan dan sokongan pekerja kini lebih penting berbanding sebelum ini.

“Senarai Syarikat Terbaik LinkedIn meraikan syarikat yang melabur dalam pertumbuhan dan kesejahteraan sumber yang paling penting di tempat kerja.

“Dengan program dan inisiatif yang khusus untuk menyokong perkembangan kerjaya dan keperluan yang semakin meningkat untuk keseimbangan kerja-kehidupan, syarikat-syarikat ini menerajui tanggungjawab untuk kejayaan jangka panjang dalam tenaga kerja,” kata Editor Pengurusan Kanan LinkedIn News, Satoshi Ebitani.

 

-Agensi

Oleh Azrina Amri – Wartawan Pelatih Ummah Today

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button