80 dewan solat baharu dibuka di Masjidilharam
MEKAH : Sempena Ramadan tahun ini, Masjidilharam, Mekah telah membuka sebanyak 80 dewan solat baharu, menurut Ketua Umum Urusan Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.
Pengarah Pentadbiran Am Pengembangan Saudi Ketiga di Masjidil Haram Walid Al-Masoudi memaklumkan ruang baharu itu terletak di aras bawah serta tingkat satu dan dua masjid.
Menurutnya, jemaah boleh mengaksesnya melalui beberapa pintu masuk di bahagian utara, barat dan timur masjid, serta pintu utama.
Menerusi fasa ketiga, pembukaan ruang baharu tersebut adalah sebahagian daripada langkah untuk meluaskan lagi ruang solat di masjid.
Al-Masoudi berkata bilangan jemaah di masjid itu meningkat pada bulan Ramadan dan kakitangan bersedia untuk membantu jemaah untuk mencari surau baharu serta masuk dan keluar dengan mudah dan selamat.
Kemudahan baharu itu boleh memuatkan sehingga 300,000 jemaah yang mewakili 95 peratus daripada jumlah kapasiti ruang solat di dalam bahagian masjid.
Sekiranya dewan di bahagian dalam penuh, ruang di bahagian utara boleh menampung 280,000 jemaah dan terdapat lebih banyak ruang di bahagian barat masjid.
– AGENSI