EkonomiSemasa

Kerajaan beri bantuan kewangan Aidilfitri RM500

Oleh: Izzul Nazaruddin

KUALA LUMPUR: Kerajaan menyediakan bantuan kewangan khas Aidilfitri bagi penjawat awam gred-56 ke bawah termasuk termasuk bagi pekerja separuh masa sebanyak RM500.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata bagi yang sudah pencen juga akan diberi bantuan kewangan Adilfitri sebanyak RM250.

“Bantuan kewangan khas ini akan dibayar sekali dengan gaji pada 25 April. Bantuan kewangan ini dari agihan sebanyak RM923 juta dan akan beri bantuan kepada lebih dua juta penjawat awam,” katanya.

Beliau berkata bantuan tahun ini diberi awal untuk membantu umat Islam merancang dengan lebih mudah untuk perayaan Aidilfitri.

Kerajaan mengharapkan bantuan ini akan mengurangkan beban kepada penjawat awam dan memberi semangat untuk terus berkhidmat kepada negara.

 

-AGENSI

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button