Covid19Semasa

Bawa anak ke Bazaar tidak digalakkan

Ibu bapa dinasihatkan untuk tidak bawa anak kecil mereka ke bazaar Ramadan bagi mengelakkan mereka dari jangkitan COVID-19

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata walaupun negara telah memasuki fasa endamik, masih tidak dinasihatkan untuk kanak-kanak kecil yang masih belum divaksin untuk berada di tempat awam.

“Kita nampak ramai orang datang ke bazaar Ramadan membawa anak kecil mereka di Bagai Serai. Ianya dinasihati untuk tidak membawa anak kecil di tempat yang padat  kerana kita tidak mahu lihat Ramadan yang sendu atau Ramadan di hospital,” katanya.

Menurut data terkini, hanya 38 peratus daripada populasi kanak-kanak yang sudah divaksinasi.

“ Ini menunjukkan kadar vaksinasi untuk kanak-kanak masih rendah dan kita harap ibu bapa akan membawa anak mereka untuk vaksin secepat yang boleh”

Kerajaan Malaysia mengumumkan memasuki fasa endamik pada 1 April lalu dan telah memberikan pelonggaran kepada SOP memberikan ruang yang lebih luas kepada umat Islam untuk melaksanakan kewajipan berpuasa di bulan Ramadan.

Namun diingatkan COVID-19 masih lagi berlegar  dan dinasihatkan untuk sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam seperti bazaar Ramadan dan patuh kepada SOP yang dikeluarkan oleh Kemeterian Kesihatan Malaysia (KKM)

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button