DomestikKesihatanSemasa

Mobile Clinic MAIWP – MAPIM santuni penduduk Danau Kota

Kuala Lumpur – Kerjasama antara Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) bagi melaksanakan klinik bergerak membuahkan hasil apabila program ini mendapat sambuatn yang luar biasa dalam kalangan penduduk.

Program Mobile Clinic ini berlangsung di Surau Al-Ehsaniah, Flat Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur, hari ini.

Kedatangan penduduk pada hari pertama ini, direkodkan seramai lebih 48 pesakit bagi mendapatkan rawatan dan pemeriksaan kesihatan secara percuma.

Matlamat program ini dilaksanakan adalah untuk memberikan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan secara percuma buat penduduk setempat, di samping dapat menyantuni masyarakat dalam kalangan warga emas dan asnaf.

Menurut Pengerusi Masjid tersebut, Azhar Bin Ismail, 58, beliau merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak MAIWP dan MAPIM di atas penganjuran Mobile Clinic ini.

“ Ribuan dan jutaan terima kasih kepada pihak MAIWP dan MAPIM, program ini amat bermanfaat untuk anak-anak khariah saya, malahan program ini juga terbuka kepada mereka yang bukan Islam disamping dapat merapatkan hubungan diantara penduduk setempat,

“Saya bersyukur dengan ada nya program klinik bergerak ini, dapat menyantuni golongan warga emas khususnya, keseluruhan penduduk di sini hampir 2,000 orang penduduk, dan mempunyai 5 blok, jadi program ini dapat memberikan manfaat buat mereka,”katanya.


Tambahnya lagi, beliau mencadangkan agar program mobile clinic ini dilaksanakan secara berjadual, seperti sebulan sekali atau dua bulan sekali.

Oleh itu, seramai 8 orang sukarelawan bertgas termasuk seorang doctor yang berkhidmat dalam program ini.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button