Dunia

Lima pekerja maut dalam insiden runtuhan batu di Oman

MUSCAT : Kejadian runtuhan batu di kawasan terpencil Oman telah mengorbankan lima pekerja manakala beberapa lagi dilaporkan masih hilang.

Pihak Berkuasa Pertahanan Awam dan Ambulans Oman, berkata pasukan mencari dan menyelamat berada di tempat kejadian, di Al-Arid dekat wilayah utara Al-Dhahirah.

“Operasi pencarian individu yang hilang di bawah runtuh masih sedang dijalankan, setakat ini lima orang berjaya diselamatkan manakala enam lagi ditemui maut, lapor agensi itu menerusi satu ciapan, tanpa memberikan butiran lanjut.

Al-Dhahirah, wilayah yang dikelilingi daratan terletak di barat ibu kota, Muscat, bersempadan dengan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Arab Saudi.

– AGENSI

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button