Bantuan MAPIM Di GazaDuniaKemanusiaanPalestinSemasa

Bekas tentera udara Israel engkar arahan untuk serang orang awam Gaza

Berhenti, kini berkempen untuk ajak tentera katakan Tidak!

“Israel adalah satu kerajaan yang diuruskan oleh pertubuhan pengganas melalui jenayah peperangan”

Yonathan Shapira / bekas juruterbang Israel

Kata-kata ini adalah ungkapan kebenaran yang terpacul daripada mulut, seorang bekas juruterbang Barisan Tentera Udara Israel.  Yonathan Shapira, menamatkan perkhidmatannya dengan Barisan Tentera Udara itu pada tahun 2003, di saat ketika ketegangan memuncak dalam siri Intifada ke-2 Palestin.

Bekas Kapten, Shapira dalam satu kenyataan eksklusif kepada Agensi Anadolu, membicarakan mengapa beliau berhenti.  Katanya selepas menyertai pasukan ketenteraan rejim, barulah dia menyedari yang dirinya bertugas dalam satu pertubuhan keganasan – seperti mana ditafsirkannya sendiri.

“Saya sedar ketika Intifada ke-2, Tentera Udara Israel dan tentera darat Israel melakukan jenayah perang, bertindak ganas terhadap jutaan penduduk Palestin. Apabila saya sedar mengenainya, saya bertekad bukan sahaja meletak jawatan tetapi juga mengajak juruterbang lain untuk sama-sama, berkata secara terang-terangan untuk tidak melakukan jenayah itu lagi,” –  Yonathan Shapira/ Bekas juruterbang pesawat pejuang Israel.

“Sebagai kanak-kanak yang membesar di Israel, yang dibesarkan dengan pendidikan ketenteraan Zionis, anda tidak akan tahu mengenai peristiwa 1948 Nakba, malah tidak akan tahu tentang penindasan yang dilakukan secara terus-menerus itu.”

Dalam pengakuan eksklusif beliau itu, Shapira mengimbas kembali serangan pada Julai 2002 . Sebuah pesawat pejuang F-16, berlepas dari tengah Israel dan menjatuhkan bom seberat satu tan ke atas rumah Komander Hamas, Salah  Shehadeh. Bom itu meragut nyawa Salah dan 14 lagi insan lain. Sembilan orang daripadanya ialah kanak-kanak. Baginya itu satu jenayah perang yang tidak boleh dikompromi beliau.

Selepas meninggalkan kerjaya dengan  tentera Israel, Shapira melancarkan kempen menggalakkan anggota tentera Israe lain untuk  berkata tidak atau dengan kata lain, melanggar arahan yang diterima untuk menyerang  Palestin. Beliau yang menandatangani surat pada September 2003 membuat pengakuan enggan menerbangkan pesawat ke arah Gaza. Selain Shapira yang menandatangani surat itu, satu lagi tandatangan diturunkan oleh pegawai skuadron helikopter Black Hawk. Pegawai berkenaan telah melakukan ratusan misi penerbangan ke Gaza yang terkepung, sekian lama sejak sebelas tahun berkhidmat dengan Tentera Udara rejim.

Kempen Shapira disifatkan berjaya setelah penyingkiran seramai 27 orang tentera daripada jawatan barisan pertahanan Israel itu pada tahun 2003. Namun kesannya beliau dianggap seorang pengkhianat, atas kempen yang digiatkan beliau.

Setelah beralih arah dari seorang juruterbang pesawat pejuang, Shapira kini adalah seorang penentang berprofil tinggi. Beliau diundang menyampaikan ceramah bukan sahaja di Israel tetapi juga di Eropah dan Amerika Syarikat. Dalam satu temu bual bersama TV Israel, satu undian dilakukan membabitkan penonton program berkenaan.  Hos itu berkata undian mendapati : “Ramai penonton tidak bersetuju dengan anda. ” Shapira kemudian menjawab, “Tetapi ramai di dunia bersetuju dengan saya.”

Kerjaya terkininya juga membawa dia memasuki ruang komuniti rakyat Palestin. Katanya kadang-kala dia ditanya persoalan yang berat, tetapi ia satu yang baik.

“Kadang-kadang mereka bertanyakan saya soalan yang berat, tapi itu sesuatu yang bagus. Apabila kita menemui mereka, ada di antara warga Palestin memberitahu saya  bahawa orang Israel dan Yahudi adalah sama sifatnya seperti Ariel Sharon (bekas Perdana Menteri Israel). Yang mereka tahu ialah pemuda Israel yang datang ke rumah mereka pada malam hari dan menangkap ayah dan abang mereka. Mereka tidak pernah bertemu dengan orang Israel yang sanggup terperosok di dalam sel tahanan kerana engkar arahan tentera. Perkara ini memberi mereka satu harapan.” – Yonathan Shapira/ Bekas juruterbang pesawat pejuang Israel

Pada majlis Hari Kebangsaan April 2004, Shapira meninggalkan pesanan kepada rakan sejawatannya yang berada d dalam tentera udara dengan mesej:

“Fikir apa yang kita akan beritahu kepada anak-anak kita dalam 20 tahun akan datang, bukan apa yang orang akan beritahu tentang hari ini. Jangan menafikan apa yang manusia kata, dan melalui segalanya dengan hati yang tertutup. Gunalah perkataan yang sangat berkuasa tetapi sangat mudah: NO (Tidak)! – Yonathan Shapira / bekas juruterbang pesawat pejuang Israel 

Minggu lalu pesawat pejuang Israel melancarkan ratusan serangan udara ke arah orang awam di Palestin di Semenanjung Gaza. Serangan meragut lebih 200 maut kebanyakannya kanak-kanak, wanita dan warga tua manakala lebih seribu orang cedera.

****
Seruan untuk kita membantu saudara Gaza dan Palestin sudah tiba. Kita bantu dengan apa yang terdaya. Bantu dengan doa dan harta benda.
MAPIM Malaysia membuka peluang untuk semua bagi membantu rakyat Palestin. Selain doa, rakyat Palestin sangat memerlukan bantuan kewangan.

MAPIM Malaysia merayu infaq rakyat Malaysia untuk rakyat Palestin. Boleh terus salurkan ke

Klik :
http://tabunggaza.com

ATAU
menerusi Akaun Maybank
Dana MAPIM :
5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi
menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Related Articles

Back to top button