DuniaSemasa

Taiwan dilanda gempa bumi sederhana

PETALING JAYA : Taiwan dilanda gempa bumi sederhana bermagnitud 5.1 pada sekitar pukul 8.38 pagi tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan memaklumkan lokasi pusat gempa bumi berkenaan terletak 23.5 darjah Utara dan 121.4 darjah Timur.

“Kejadian itu berlaku pada kedalaman 10 Kilometer(km) dan 80km Tenggara dari Fengshan, Taiwan.

“Namun, Malaysia tidak menerima ancaman tsumani ekoran kejadian bencana alam itu,” menurutnya dalam kenyataan.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button