TEBING BARAT : Dua rakyat Palestin maut ditembak tentera Israel dalam dua kejadian berasingan di Tebing Barat.
Menurut Kementerian Kesihatan Palestin, insiden pertama menyaksikan seorang remaja berusia 16 tahun meninggal dunia ditembak tentera Israel dalam satu serbuan di luar bandar Nablus.
Nader Haitham Rayan, 16, terkorban selepas ditembak pada bahagian kepala, dada dan tangan di kem pelarian Balata, berhampiran Nablus.
Namun, ia tidak memberikan maklumat lanjut mengenai keadaan kematiannya manakala jurucakap polis sempadan Israel pula mengesahkan seorang rakyat Palestin terbunuh.
Tembakan berlaku sejurus tentera Israel meninggalkan kem berkenaan, selepas menahan seorang pelarian Palestin yang dikehendaki kerana dituduh atas kesalahan melakukan keganasan.
“Seorang rakyat Palestin melepaskan tembakan ke arah tentera, yang kemudian bertindak balas dan membunuhnya,” kata jurucakap itu.
Sementara itu, mangsa kedua pula merupakan penduduk Palestin berusia 20-an, yang terbunuh di Qalandiya, luar Baitulmuqaddis.
“Alaa Shaham, meninggal dunia selepas terkena tembakan rambang,” kata kementerian.
Dalam insiden yang sama, tiga lagi penduduk dilaporkan cedera dengan satu daripadanya disahkan cedera parah.
– AGENSI
MASA UNTUK BERTINDAK!
Sumbangan anda untuk rakyat Palestin yang menderita sangat diperlukan.
Klik :
http://tabunggaza.com
ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :
5628 3463 6620
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia