Dunia

Wayang kulit jadi inspirasi logo halal baharu Indonesia

JAKARTA : Logo halal baharu diperkenalkan di Indonesia dengan reka bentuk berwarna ungu yang menggunakan teks kaligrafi Arab dengan perkataan ‘Halal Indonesia’ tertulis pada bahagian bahawa.

Kementerian Hal Ehwal Agama Indonesia menjelaskan falsafah di sebalik logo baharu itu bahawa ia menyelaraskan simbol penting yang lebih dekat dengan budaya Indonesia.

Menurut laporan portal berita Coconuts, Ketua Badan Jaminan Produk Halal (BPJPH), Aqil Irham berkata, makna di sebalik garis besar pada logo tersebut menyerupai gunungan iaitu patung kulit menunjukkan gunung dalam pertunjukan wayang kulit.

“Ia melambangkan kehidupan manusia. Bahagian atas logo yang runcing pula menyampaikan mengenai keperluan manusia untuk lebih dekat kepada Tuhan apabila menjadi lebih tua dan lebih berpengetahuan,” menurut Aqil.

Umat Islam di Indonesia menjadikan logo halal oleh Majlis Ulama Indonesia (MUI) sebagai panduan sejak bertahun-bertahun. Logo halal MUI dilihat lebih jelas seperti kebanyakan logo-logo halal di negara-negara lain.

Bagaimanapun menurut beberapa pengkritik, perkataan halal yang ditonjolkan dalam teks kaligrafi Arab menerusi logo halal baharu tersebut adalah tidak jelas.

Logo MUI dijangka dimansuhkan secara berperingkat menjelang 2026 kerana kuasa ke atas pensijilan halal sedang dipindahkan kepada pemerintah.

Pada Oktober 2019, BPJPH yang beroperasi di bawah Kementerian Hal Ehwal Agama telah mengambil alih proses pensijilan halal dengan peranan MUI diturunkan sebagai perunding.

– AGENSI

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button