DuniaSemasa

Facebook, Instagram benarkan pengguna kecam keganasan Rusia

Ancaman dan keganasan terhadap Rusia dibenarkan melalui platform media sosial

NEW YORK : Meta Paltforms (FB.O) kini membenarkan pengguna Facebook dan Instagram di beberapa negara untuk mengecam tindakan keganasan Rusia susulan pencerobohan tentera Rusia terhadap Ukraine.

Berdasarkan hantaran e-mel dalaman yang dilihat Reuters, syarikat gergasi media sosial itu juga membenarkan sementara siaran untuk menyeru kematian Presiden Rusia, Vladimir Putin atau Presiden Belarus, Alexander Lukashenko di beberapa negara termasuk Rusia, Ukraine dan Poland.

“Akibat pencerobohan Rusia ke atas Ukraine, kami telah memberi elaun buat sementara waktu untuk bentuk ekspresi politik yang biasanya melanggar peraturan kami seperti ucapan ganas seperti ‘kematian kepada penceroboh Rusia.’

“Kami masih tidak akan membenarkan kecaman yang dituju untuk orang awam Rusia,” kata jurucakap Meta dalam satu kenyataan.

Dasar sementara berhubung seruan keganasan itu boleh diguna pakai di Armenia, Azerbaijan, Estonia, Georgia, Hungary, Latvia, Lithuania, Poland, Romania, Russia, Slovakia dan Ukraine.

Perubahan yang dilakukan syarikat media sosial ini jelas melanggar etika dan peraturan yang ditetapkan di mana segala bentuk keganasan dan hasutan adalah tidak dibenarkan.

Terdahulu, Rusia mengharamkan penggunaan Facebook sebagai tindak balas kepada sekatan akses media Rusia di platform itu.

Sementara itu, Kedutaan Russia di Amerika Syarikat (AS) menggesa Washington supaya menghentikan tindakan Meta berkenaan yang disifatkan sebagai ‘aktiviti pengganas’.

 

 

Related Articles

Back to top button