InspirasiSemasa

Selamat Hari Wanita: Tun Dr. Siti Hasmah Inspirasi untuk Semua

Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali merupakan isteri Tun Dr. Mahathir Muhammad. Selain isteri kepada bekas perdana menteri, beliau juga dikenali kerana sumbangan dan sokongan yang berterusan  terhadap suaminya.

Beliau juga merupakan ikon yang memberikan inspirasi untuk semua wanita dalam mengurus rumah tangga.

Tun Dr. Siti Hasmah terkenal dengan sifat beliau yang sentiasa menyokong suami dalam setiap urusan, baik urusan negara mahupun peibadi.

Ini sangat ketara sehinggakan setiap pakaian yang dipakai oleh suaminya, Tun Dr. Mahathir disediakan dalam keadaan kemas dan rapi.

Ketika Tun Dr. Mahathir memegang puncak kuasa, Tun Dr. Siti Hasmah tidak pernah sesekali mendahului suaminya. Beliau juga tidak menunjukkan kuasanya. Beliau kekal sebagai seorang rakyat biasa, dan sebagai seorang isteri yang taat.

Untuknya, tugas seorang isteri bukanlah membayangi suaminya, tetapi isteri harus menjadi pendengar setia. Tugas isteri itu memberik sokongan yang membawa kejayaan, bukan sokong yang membawa rebah.

Hasil didikan Tun Dr. Siti Hasmah, kesemua anak-anaknya berjaya dalam kehidupan masing-masing. Beliau juga dikenang sebagai wanita nombor satu negara yang senang didekati oleh setiap golongan rakyat.

Beliau juga bijak menggunakan kedudukan sebagai isteri perdana menteri bagi memberikan kesedaran mengenai kesihatan wanita, kawalan penyalahgunaan dadah dan kesihatan mental.

Atas sumbangan dan jasanya, Tun Dr. Siti Hasmah juga pernah dinobatkan sebagai penerima anugerah gelaran Ibu Negara pada tahun 2019. Ini bagi mengiktiraf  pengorbanan dalam membantu suaminya Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika  beliau mentadbir negara.

Justeru itu, sifat keperibadian Tun Dr. Siti Hasmah ini perlu dijadikan ikutan kearah membina jati diri wanita yang memberi inspirasi.

Selain itu, Islam sangat menyantuni dan mengangkat martabat wanita seperti yang terkandung dalam Al-Quran. Lindungi dan sayangilah kaum wanita dan angkatlah martabat mereka sebagaimana yang telah ditetapkan dalam agama islam.

 

Oleh Azrina Amri – Wartawan Pelatih Ummah Today 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button