DuniaPalestinSemasa

Remaja Palestin ditembak Polis Israel

BAITULMAQDIS: Seorang remaja Palestin ditembak mati oleh pihak berkuasa Israel selepas menikam seorang pegawai polis Israel di Kota Lama Baitulmaqdis pada pagi Ahad.

Polis Israel dalam kenyataan memaklumkan, remaja berusia 19 tahun itu terlebih dahulu mendekati beberapa pegawai sebelum mengeluarkan pisau dan menikam mereka.

Pegawai tersebut sedang menjalankan tugas di Pintu Bab Huta di Kota Lama Baitulmaqdis,

Kenyataan sama melaporkan, remaja terbabit kemudian ditembak sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan.

Seorang lagi pegawai polis turut cedera dalam kejadian itu dan kedua-dua mereka dibawa untuk mendapatkan rawatan perubatan,” kata kenyataan itu mengesahkan remaja terbabit dikenal pasti menetap di timur Baitulmaqdis.

Rakyat Palestin mendakwa, Kota Lama yang terletak di bahagian timur Baitulmaqdis itu sebagai ibu kota negara masa depan mereka.

Serangan individu menggunakan pisau menyasarkan pasukan keselamatan Israel adalah perkara biasa di Kota Lama dan Tebing Barat yang dijajah.

Keganasan meletup Mei lalu, berlaku di Pintu Bab Huta laluan menuju Masjidil Aqsa, tapak ketiga paling suci Islam, selepas polis Israel menyerbu kawasan itu sebagai tindak balas kepada jemaah yang membaling batu dan bahan letupan – AFP

Oleh Faiz Danial – Wartawan Pelatih Ummah Today

Related Articles

Back to top button