Zionis Israel halang pelajar Palestin hadir ke sekolah
TEBING BARAT : Beberapa warga Palestin cedera pada pagi Isnin selepas penjajah Israel menyerang perkampungan al-Lubban ash-Sharqiya berhampiran Nablus di Tebing Barat yang diduduki.
Puluhan penceroboh dan tentera Israel telah menyerbu kampung itu dan menghalang pelajar daripada sampai ke sekolah mereka, kata agensi berita Palestin Wafa.
Hampir 3,000 rakyat Palestin tinggal di Lubban Sharqiya, yang terletak di Road 60 yang menghubungkan beberapa bandar dan kampung Palestin ke bandar Nablus di utara.
Penempatan haram Neve Shir, Neot Khen, dan Neve Shoham dibina di atas tanah Lubban Sharqiya dan terletak di sebelah timurnya.
Media Wafa melaporkan bahawa beberapa rakyat Palestin mengalami sesak nafas akibat terhidu gas pemedih mata yang dilepaskan oleh tentera Israel.
Sebuah laman Facebook khusus untuk berita tentang Lubban Sharqiya berkata bahawa pertempuran dengan tentera dan zionis Israel berlangsung selama kira-kira sejam, mengganggu hari persekolahan dan membawa kepada kesesakan lalu lintas di jalan utama.
Keluarga Palestin di Lubban Sharqiya menghantar anak-anak mereka ke sekolah berhampiran Road 60 dan terdedah kepada serangan daripada rejim Israel sejak beberapa tahun.
Laman Facebook itu berkata, telah menjadi rutin bagi pihak tentera zionis Israel menghalang pelajar di kampung itu daripada sampai ke sekolah mereka sehingga membawa kepada pertempuran di kawasan di mana tentera Israel menembak peluru bersalut getah dan gas pemedih mata ke arah rakyat Palestin.
Untuk rekod, pada November lalu, hampir 70 pelajar dan guru Palestin terpaksa hidup dalam kesengsaraan ekoran dari kesan gas pemedih mata apabila tentera Israel menyerbu kampung itu.
-AGENSI
MASA UNTUK BERTINDAK!
Sumbangan anda untuk rakyat Palestin yang menderita sangat diperlukan.
Klik :
http://tabunggaza.com
ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :
5628 3463 6620
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia