22,133 kes baharu positif Covid-19
PUTRAJAYA : Malaysia telah merekodkan 22,133 kes baharu positif Covid-19, menjadikan jumlah keseluruhan kes melebihi 20,000, setakat tengah hari ini.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, peningkatan kes hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia kepada 3,083,683 sejak pertama kali dikesan di negara ini pada akhir Januari 2020.
“Daripada kejadian harian yang direkodkan hari ini, 146 kes (0.66%) adalah daripada kategori 3, 4 dan 5, manakala baki 21,987 kes (99.34%) daripada kategori 1 dan 2,” katanya.
Menurut Dr Noor Hisham, sebanyak 5,831 kes kategori 1 dilaporkan hari ini iaitu 26.34 peratus; 16,156 kes kategori 2, menyumbang 73.0 peratus; 102 kes kategori 3, menyumbang 0.46 peratus; 24 kes dalam kategori 4 (0.11 peratus); dan 20 kes dalam kategori 5 menyumbang 20 peratus (0.09 peratus).
-AGENSI