Semasa

Tayangan perdana filem Syahadan dapat kerjasama MAPIM Malaysia

KUALA LUMPUR : Silat Malaysia terkenal di seluruh dunia sebagai seni bela diri yang indah. Ia telah meraih pengiktirafan Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) sebagai seni mempertahankan diri negara di persada antarabangsa.

Kehebatan silat sudah sering diangkat ke layar lebar, dan syiar itu diteruskan dengan penerbitan filem Syahdan, sebuah filem pertama oleh Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) dengan kerjasama Trilion Marketing Sdn. Bhd.

Syahadan merupakan karya Datuk Dr Fairus Hussain dan Halim Hassan yang berkisarkan mengenai seorang remaja bermasalah bernama Omar yang hidup tanpa arah tujuan serta matlamat yang kabur.

Demi mendisiplinkan Omar, bapanya nekad menghantarnya ke kampung bagi memperbaiki akhlak dan menjadi insan yang lebih berguna kepada masyarakat melalui seni persilatan.

Filem Syahdan dibintangi oleh Al-Jufferi Jamari yang pernah memenangi kejuaraan dunia sebanyak tiga kali.

Wajahnya yang mirip Faizal Hussain menambah karisma filem ini.

Filem ini pernah tular kerana aksi silatnya yang cukup grafik, tetapi untuk pengarah ia adalah perlu bagi memperlihatkan kemampuan silat yang setanding dengan seni bela diri yang lain.

Filem Syahadan turut mendapat kerjasama Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dalam tayangan perdana yang  dihadiri tetamu istimewa KDYMM Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal, Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Tayangan perdana yang bertempat di TGV One Utama, Kuala Lumpur ini turut dihadiriPresiden PESAKA, Datuk Wira Haji Megat Zulkarnain.

MAPIM Malaysia bekerjasama dalam tayangan perdana filem Syahadan atas cintakan seni bela diri yang kita warisi sehingga sekarang. Oleh itu, saya menyeru seluruh rakyat Malaysia yang cintakan seni budaya untuk beramai-ramai hadir menonton berbusana melayu serta bertanjak pada 17 hingga 20 Februari ini. Kami berharap agar penonton boleh berhibur bersesuaian dengan penceritaannya yang dekat dengan kehidupan masyarakat, penuh hikmah dan patuh Syariah.” – (Dr.) Sani Araby Al Kahery

#SyahadanFilemKita
#GempurPanggungBerbusana17Feb

—————————————————————————————————————————–

Sinopsis Filem Syahadan

Syahadan mengisahkan tentang seorang remaja bernama Omar yang hidup tanpa matlamat yang sebenar. Ini menyebabkan ayahnya terpaksa menghantar Omar ke kampung untuk dibaiki akhlaknya menjadi insan yang berguna kepada masyarakat melalui kaedah persilatan.

Omar pada mulanya menentang dan tidak berminat mempelajari silat. Namun hatinya terbuka setelah gurunya Pak Daud berjaya menumpaskan empat orang samseng yang bersenjata di warung Kak Milah.

Di sepanjang sesi latihan silat bersama Pak Daud, Omar terpaksa berhadapan dengan cabaran latihan fizikal dan mental untuk membina jatidiri sebagai orang silat.

Setelah berjaya mewarisi ilmu persilatan, suatu hari Omar berdepan dengan kumpulan samseng yang merupakan sindiket penculikan kanak-kanak yang diketuai oleh Zed Punk.

Berjayakah Omar menumpaskan kumpulan samseng berkenaan?

Related Articles

Back to top button