Dunia
Kemalangan bas di selatan Bolivia ragut empat nyawa, 22 lagi cedera
LA PAZ : Insiden sebuah bas yang terjunam ke dalam gaung awal pagi Ahad di Chuquisaca selatan Boliviaa telah meragut sekurang-kurangnya empat nyawa manakala 22 lagi cedera.
Menurut Pendakwa Raya Chuquisaca Mauricio Nava kepada akhbar tempatan, bas berkenaan dipandu dalam keadaan laju sehingga mengakibatkan kemalangan di bandar Monteagudo.
Menurut laporan awal, bas itu sedang melalui selekoh di laluan Sucre-Monteagudo sebelum jatuh ke dalam gaung.
Nava berkata, anggota polis dan kakitangan Kementerian Awam dihantar ke lokasi kejadian bagi membantu mangsa yang cedera.
-AGENSI