Puluhan bangkai burung ditemui di Mexico
CHIHUAHUA : Puluhan ekor burung didapati mati berguguran ke tanah di Chihuahua, Mexico dan masih kekal menjadi satu misteri sehingga kini.
Pengerusi Kesatuan Konservatif Amerika Syarikat, Matt Schlapp berkata beliau mengharapkan bahawa ini bukanlah permulaan kepada penyakit selsema burung.
Menurut laporan akhbar berbahasa Sepanyol, El Heraldo de Chihuahua kejadian burung jatuh di jalan itu disaksikan oleh penduduk di bandar Cuauhtemoc.
Burung-burung itu dikenal pasti sebagai spesies burung hitam berkepala kuning.
Sekumpulan burung itu bermigrasi dari utara Kanada untuk menghabiskan musim sejuk di Mexico, namun punca kematian masih lagi tidak dijelaskan.
Bagaimanapun, sesetengah pihak membuat andaian bahawa burung-burung itu mungkin terkesan akibat pencemaran tinggi yang melanda wilayah itu sejak kebelakangan ini.
– AGENSI