DuniaSemasa

20 maut dan 30 cedera, bas terjatuh dalam gaung 100 meter dalam

LIMA: Sebuah bas terbabas sebelum terlibat kemalangan terjunam dalam gaung di Peru.

Sekurang-kurangnya 20 orang maut termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun dan 30 yang lain cedera.

Pihak berkuasa di utara Peru berkata, bas berkenaan terjatuh dalam gaung sedalam 100 meter di kawasan lereng di wilayah terpencil, Libertad, tengah hari kelmarin.

Bas berikut dikatakan sedang dalam perjalanan dari Tayabamba ke Trujillo,

Jarak perjalanan itu kira-kira 340-kilometer (km) yang mengambil masa 14 jam kerana keadaan jalan yang teruk.

Kemalangan trafik adalah tragedi biasa di Peru akibat keadaan jalan yang teruk, kenderaan dipandu laju, ketiadaan papan tanda yang memadai dan kurangnya penguatkuasaaan undang-undang. – Foto REUTERS

Oleh Faiz Danial – Wartawan Pelatih Ummah Today

Related Articles

Back to top button