Semasa

Bazar Ramadan di Wilayah Persekutuan dibenarkan beroperasi

PUTRAJAYA : Menjelang Ramadan yang bakal tiba awal April ini, Bazar Ramadan di seluruh Wilayah Persekutuan dibenarkan beroperasi mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang sedia ada.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, para peniaga akan diberikan lessen bagi pengoperasian bazar Ramadan.

Namun, bagi mengelak ia dimanipulasi pihak tidak bertanggungjawab, hanya individu yang diberikan lesen boleh berniaga tanpa dipindah milik kepada individu lain.

“Kita akan membuka seluas-luasnya kepada mereka yang ingin berniaga untuk mengelakkan daripada dimanipulasi oleh pihak tidak bertanggungjawab menjual lesen.

“Jika mereka diberi lesen, mereka kena berniaga dan tak boleh orang lain yang berniaga,” katanya.

Tambahnya, peluang berniaga di bazar Ramadan tersebut sepatutnya diberikan kepada peniaga lebih-lebih lagi dalam membantu mereka sewaktu pasca Covid-19 ketika ini.

“Kita nak orang yang betul-betul berniaga dan dalam keadaan sekarang pasca Covid-19, kita harus menggerakkan aktiviti ekonomi,” ujarnya.

Tambah beliau, pihaknya juga akan mengikuti perkembangan dari semasa ke semasa berhubung situasi jangkitan Covid-19.

-Diolah dan disunting dari artikel BERNAMA

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button