Covid19Semasa

COVID-19: 12,541 kes baharu

PUTRAJAYA : Angka harian kes COVID-19 di Malaysia mencatat sedikit penurunan dengan 12,541 jangkitan baharu.

Dr Noor Hisham berkata, pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif jangkitan COVID-19 di negara ini mencecah 893,323 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata Selangor terus kekal sebagai penyumbang terbesar dengan 5,512 kes baharu.

Ia diikuti Negeri Sembilan yang mencatat 1,619 jangkitan baharu, Kuala Lumpur (1,542), Johor (609), Melaka (575), Kedah (458), Sarawak (423), Pahang (382) dan Pulau Pinang (376).

“Selain itu, kes baharu turut dilaporkan di Sabah (326), Perak (299), Kelantan (225), Terengganu (102), Putrajaya (62), Labuan (24) dan Perlis (tujuh),” katanya dalam kenyataan melalui Facebook, hari ini.

Oleh : A.Azfar

Related Articles

Back to top button