Semasa

Tiga wartawan BBC ditahan pasukan keselamatan Sudan

KHARTOUM : Perbadanan Penyiaran British (BBC) melaporkan pada Isnin bahawa pasukan keselamatan Sudan menahan tiga wartawannya di Khartoum.

BBC menerusi ciapan di Twitter memberitahu bahawa “pasukan keselamatan Sudan menahan pasukan Arab BBC yang diwakilkan di Khartoum dan diakreditasi oleh Kementerian Penerangan Sudan.”

“Wartawan BBC Arab, terdiri daripada tiga orang, telah dibawa ke lokasi yang tidak diketahui,” menurut ciapan BBC Arabic.

Pentadbiran BBC sedang melakukan hubungan yang meluas dengan pihak berkuasa Sudan untuk memastikan wartawan dibebaskan secepat mungkin.

Terkini, pihak berkuasa Sudan membebaskan pasukan BBC Arab yang diwakilkan ke Sudan beberapa jam selepas  ditangkap ketika bertugas di Khartoum.

Pihak berkuasa Sudan masih belum mengulas mengenai dakwaan BBC.

Pada Isnin, protes menggesa pemerintahan awam penuh meletus terhadap tentera yang memerintah di Sudan.

Sudan telah bergolak sejak Oktober tahun lalu, apabila tentera memecat kerajaan peralihan Perdana Menteri Abdalla Hamdok dan mengisytiharkan darurat.

Sebelum pengambilalihan tentera, Sudan ditadbir oleh majlis berdaulat pegawai tentera dan awam yang ditugaskan untuk mengawasi tempoh peralihan sehingga pilihan raya pada 2023.

Hamdok telah dilantik semula pada 21 November lalu, tetapi penunjuk perasaan mengecam perjanjian itu, mendesak penghapusan sebarang pengaruh ketenteraan ke atas gabungan pemerintah peralihan.

Dalam pada itu, beliau meletak jawatan pada 2 Januari lepas, berikutan percanggahan politik.

-AGENSI

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button