Dunia

Kejadian taufan Batsirai di Madagascar korban 10 nyawa, 48,000 hilang tempat tinggal

MAHANORO : Kejadian taufan Batsirai yang melanda Madagascar sepanjang malam telah meragut sekurang-kurangnya 10 nyawa manakala 48,000 orang kehilangan tempat tinggal.

Sekurang-kurangnya 10 terbunuh dan hampir 48,000 orang kehilangan tempat tinggal selepas taufan Batsirai melanda Madagascar sepanjang malam, kata itu semalam.

Menurut agensi pengurusan bencana negara itu, selepas ia membadai negara pulau yang miskin di Lautan Hindi yang masih bergelut akibat kesan ribut tropika yang mengorbankan nyawa, akhirnya taufan tersebut menjadi lemah.

Beberapa kawasan di negara itu dilanda hujan lebat dan angin, sebelum taufan berkenaan tiba di Mananjary.

Memetik laporan dari AFP, banyak pokok tumbang, bangunan musnah dan memaksa penduduk menahan bumbung zink rapuh yang bergegar.

Pejabat meteorologi Madagascar semalam memaklumkan, hujan itu menyebabkan banjir di beberapa bahagian negara berkenaan.

Terdahulu, taufan Batsirai mebadai pada lewat Sabtu, sebagai “taufan tropika yang kuat”, membawa angin dengan kelajuan 165 kilometer sejam (km/j), menurut Faly Aritiana Fabien dari agensi pengurusan bencana negara kepada AFP.

Namun, pejabat meteorologi yang sebelum itu memberi amaran mengenai ‘kerosakan yang besar dan meluas’, semalam memaklumkan Batsirai sudah pun lemah.

-AGENSI

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button